Pemain akademi JDT jadi wakil Johor dalam MSSM, pemenang peringkat negeri diketepikan?

20,598

Ketika ini kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sedang rancak diadakan di seluruh negara bagi mencungkil bakat pelajar sekolah.

Antara yang mencuri tumpuan adalah acara bola sepak yang ketika ini sedang berlangsung di Alor Setar, Kedah.


Pasukan MSS Johor ketika ini sedang mendominasi acara bola sepak dengan ketiga-tiga skuadnya iaitu pasukan B-12, B-15 dan B-18 berjaya memasuki peringkat separuh akhir.

Namun terdapat cerita kurang enak timbul melibatkan skuad MSS Johor yang dihantar untuk ke kejohanan tersebut.

Menurut sumber kepada Harimau Malaya, pasukan tersebut sebenarnya diwakili oleh pemain-pemain daripada akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tidak terlibat daripada kejohanan peringkat daerah.

Jelasnya, perkara ini telah lama berlaku namun tidak dibangkitkan secara umum.

Pemain daripada pasukan yang sudah bersaing daripada kejohanan MSS Daerah dan MSS Negeri dikatakan terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada pemain daripada akademi tersebut.

Malah terdapat beberapa ibu bapa yang turut meluahkan ketidakpuasan hati mereka kepada Harimau Malaya disebabkan pemilihan yang dianggap tidak adil itu.

Antara luahan-luahan ibu bapa dan orang ramai berkenaan skuad MSS Johor.

Sekiranya ini benar-benar berlaku, ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan kerana ia mampu ‘membunuh’ impian pelajar-pelajar yang telah berhempas-pulas daripada peringkat awal lagi.

Tidak salah sekiranya untuk kelab-kelab besar menghantar para pemain untuk mewakili negeri mereka, tetapi haruslah mengikut langkah yang betul dengan menyertai kejohanan dari peringkat zon sehinggalah ke peringkat negeri.