Ahli Parlimen Klang persoal pemberian kewarganegaraan kepada Lee Tuck

691

Proses naturalisasi pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck sebelum ini menjadi topik hangat diperkatakan apabila mereka proses naturalisasinya bersama rakan sepasukan Sergio Aguero berdepan masalah sehingga menyebabkan mereka tidak dapat didaftarkan pada jendela perpindahan kedua.

Perkara ini berlaku berikutan proses naturalisasi menjadi lebih sukar dengan peraturan sedia ada diperketatkan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghentikan program naturalisasi.


Bagaimanapun baru-baru ini peminat Sri Pahang mendapat perkhabaran gembira apabila pemain kesayangan mereka Lee Tuck akhirnya berjaya mendapat kewarganegaraan sekaligus membolehkan pemain itu didaftarkan sebagai pemain tempatan musim depan.

Berita gembira ini telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Klang iaitu Charles Santiago yang menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pemain berusia 34 tahun itu.

Dalam satu surat rasmi yang dihantar kepada Menteri KDN, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Santiago meminta penjelasan mengenai proses kewarganegaraan yang diguna pakai.

Selain itu, beliau juga mahu mengetahui samada kriteria kewarganegaraan berikutan jiak berdasarkan Penaturalisasian Perkara 19 (Perlembagaan Persekutuan Malaysia) yang menyatakan bahawa pemohon harus bermastautin di Persekutuan tidak kurang daripada 10 tahun sebelum layak untuk memohon kewarganegaraan.

Pada masa sama beliau turut mahkukan penjelasan bagaimana proses naturalisasi itu dipermudahkan.

Berdasarkan surat tersebut, Santiago dilihat tidak berniat untuk ‘menyerang’, sebalik mahu mendapatkan penjelasan bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak bukan warganegara.

Disebalik kegembiraan peminat Tok Gajah, namun pemberian kewarganegaraan kepada pemain Britain itu bukan sahaja mengejutkan ramai peminat bola sepak tanah air tetapi juga rakyat lain.

Oleh itu, diharap pihak KDN terutamanya Hamzah Zainudin untuk segera tampil menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Santiago ini.

Dalam pada itu, pemain bola sepak lagenda negara Datuk Santokh Singh turut tampil memberi komen mengenai pemberian kewarganegaraan kepada Lee Tuck dengan sindiran; ‘Beri semua pemain import kewarganegaraan supaya mereka semua boleh main untuk Malaysia. Kita tak perlu pemain tempatan untuk bermain lagi.’

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama sebuah portal tempatan yang meminta komennya mengenai perkara itu.

Santokh Singh merupakan antara individu paling lantang mengkritik program naturalisasi yang diperkenalkan oleh FAM sebelum ini.