Pengetahuan tentang bola sepak lemah, penyokong Terengganu FC kecewa dengan pengurus pasukan

16,349

Baru-baru ini satu video yang menunjukkan pengurus pasukan Terengganu FC, Mohd Fadhil Wahab memberi ucapan dalam program ‘TFC: Road To Champion’ tular gara-gara tindakannya mengaitkan agama dalam sukan bola sepak.

Beliau menerima kecaman oleh orang ramai termasuk penyokong Terengganu sendiri yang merasakan perkara itu tidak wajar.


Belum lagi isu itu reda, beliau kembali menjadi perhatian peminat bola sepak, kali ini disebabkan kenyataannya dalam satu rancangan bual bicara.

Ketika tampil dalam rancangan itu, beliau ada memberitahu perancangan pasukan untuk ke saingan Asia musim depan, salah satunya dengan menjadi juara Piala Malaysia.

Namun, ramai yang mengecamnya kerana juara Piala Malaysia tidak diberikan apa-apa slot untuk ke kejohanan AFC.

Selain itu, beliau juga turut dikecam gara-gara kesilapan fakta mengenai pemain kelabnya sendiri.

Menurutnya, Tchethce Kipre dan Faiz Nasir merupakan dua pemain Terengganu yang beraksi pada perlawanan akhir Piala FA 2011.

Perkara itu menjadi bahan ketawa oleh penyokong-penyokong Terengganu sendiri yang tidak percaya bahawa pengurus kelab itu tidak mengetahui sejarah pasukan sendiri.

Ramai juga yang hampa dan mempersoalkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang melantik Fadhil Wahab.

Ada juga yang mendakwa bahawa ia hanyalah satu lantikan politik kerana kedua-duanya merupakan ahli parti politik yang sama.

Apa yang dirasakan oleh penyokong Terengganu itu adalah wajar kerana bagaimanakah seseorang menjadi pengurus pasukan bola sepak sekiranya tidak mempunyai pengetahuan dalam bola sepak, terutama mengenai kelab sendiri?

Mungkin kelab-kelab di negara ini boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh KL City FC, yang melantik bekas pemainnya, Stanley Bernard sebagai ketua pegawai eksekutif.

Buktinya, beliau berjaya membawa pasukan KL City mencipta sejarah tersendiri, menjulang Piala Malaysia tahun lalu dan layak ke pusingan akhir interzone di Piala AFC, setelah menjawat jawatan itu walaupun mempunyai bajet yang rendah.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen
Harimau Malaya Kami ingin menunjukkan kepada anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terkini.
Dismiss
Allow Notifications