Pelantikan Lim Teong Kim sebagai ketua jurulatih Perak FC cetuskan keterujaan ramai dan ada juga yang ‘iri hati’

4,572

Semalam dunia bola sepak tempatan kecoh di media sosial apabila Perak FC membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mereka sah melantik bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich iaitu Lim Teong Kim.

Teong Kim merupakan nama yang cukup besar dalam dunia bola sepak tanah air kerana beliau juga merupakan bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (NFDP) dan juga bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).


Sejak skuad Perak diambil oleh daripada XOX Berhad, segala masalah yang berlaku dalam pasukan itu sudah diselesaikan dan pengurusan baru kini sedang dalam perancangan untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan dari utara itu.

Pelantikan Teong Kim ini nyata telah mencetuskan keterujaan peminat The Bos Gaurus dan juga peminat bola sepak tanah air lain yang sememangnya mahu melihat beliau kembali menabur bakti di negara sendiri.

Bagaimanapun disebalik keterujaan ramain, ada juga segelintir pihak yang ‘panas bontot’ atau iri hati dengan pelantikan Teong Kim sebagai pengendali baru Perak untuk musim depan sehingga ada yang memperlekehkan majlis menandatangani kontrak dikatakan seperti majlis ala kadar.

Ada juga yang kagum dan mempersoal bagaimanapun Perak mampu membawa masuk Teong Kim sedangkan sebelum ini jurulatih yang berasal dari Melaka dikatakan meminta gaji yang terlampau tinggi iaitu lebih RM300,000.

Ia juga telah membuatkan ada yang mempersoalkan samada benar atau tidak jumlah yang diminta oleh Teong Kim sebelum ini.

Terdahulu, Harimau Malaya pernah menemubual Teong Kim bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut dan jurulatih berusia 58 tahun itu membidas kenyataan yang mendakwa beliau meminta gaji terlampau tinggi.

Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada pengurusan Perak kerana berjaya mendapatkan Teong Kim sebagai ketua jurulatih baru dan ini membuktikan mereka bijak dalam melakukan rundingan bagi memastikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.

Berapa jumlah gaji Teong Kim di Perak tidak perlu dipersoal kerana apa yang pasti gaji yang diterima sudah semestinya berbaloi, oleh sebab itu beliau menerima tawaran tersebut. Manakala untuk pihak pengurusan pula, mereka juga sedar gaji yang dibayar setimpal dengan pengalaman yang ada pada jurulatih tersebut.

Tidak keterlaluan jika hendak dikatakan Perak kini merupakan antara pasukan bola sepak terkaya di Liga Malaysia dan bakal kembali menjadi gergasi.

Jika sebelum ini ramai pemain yang tidak mahu bermain bersama Perak dek sering berdepan masalah gaji, namun kini semuanya akan berubah kerana pasti ramai pemain berpusu-pusu mahu menyarung jersi Perak pada musim depan.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen