Martial dirisik Sri Pahang FC

171

Setelah menghadapi musim yang teruk dalam saingan Liga Super pada musim ini, Skuad Tok Gajah dikhabarkan bersedia untuk berbelanja besar bagi persiapan musim hadapan.

Sri Pahang FC menamatkan kedudukan di tangga kesepuluh Liga Super hanya mempunyai kelebihan 2 mata sahaja dari zon penyingkiran. Perkara ini merupakan suatu pencapaian yang buruk bagi Sri Pahang FC.


Bolos sebanyak 37 gol dalam 22 perlawanan merupakan statistik yang sangat tidak bagus bagi pertahanan sesebuah pasukan. Sri Pahang FC semestinya harus mencari jalan bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan ini. Lebih menderita lagi apabila kapten Sri Pahang yang juga pertahanan utama kelab, Muslim Ahmad turut meninggalkan Skuad Tok Gajah pada musim ini.

Bagi menggantikan kekosongan yang tinggal Sri Pahang FC sanggup pecah tabung untuk mendapatkan seorang pertahanan yang berpengalaman bagi menjaga benteng pasukan daripada dibolosi.

Antara nama pemain yang sedang berada dalam pemerhatian Sri Pahang FC adalah Johan Martial yang berasal dari Perancis dan beliau merupakan abang kepada pemain sensasi Skuad The Red Devils iaitu Anthony Martial.

Sumber Foto : The Mirror

Johan Martial merupakan ejen bebas selepas mencapai kata sepakat bersama FC Sochaux dari Ligue 2 Perancis untuk dilepaskan. Selain itu, Johan Martial juga pernah mewakili skuad bawah 19 tahun Perancis dan berjaya memenangi Kejohanan UEFA bawah 19 tahun yang berlangsung di Perancis pada tahun 2010.

Dengan kehadirannya di Sri Pahang sudah pasti akan mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan bagi menjadi benteng terakhir skuad Tok Gajah. Sri Pahang pastinya mencari pengganti seakan-akan pemain pertahanan import terbaik mereka seperti beberapa musim yang lalu iaitu Damion Stewart.

Cukup dikenali dengan terjahan kerasnya bagi menyelamatkan benteng dari dibolosi, Sri Pahang harus mendapatkan pemain sebegini jika ingin memberi persaingan yang hebat dalam perebutan Top 3 di Liga Super. Tambahan, Selain Sri Pahang FC terdapat beberapa pasukan dari Rantau Asia Tenggara juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Perancis ini.