Saya harap Nafuzi Zain terus kekal di Terengganu FC musim depan – Rahadiazli Rahalim

1,584

Penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim berharap ketua jurulatih, Nafuzi Zain akan terus kekal di kelab itu musim depan.

Menurutnya, Nafuzi adalah antara jurulatih yang percaya dengan kemampuannya walaupun usianya masih muda justeru berharap dapat terus berkhidmat di bawahnya.


“Kalau ikutkan, saya harap beliau dapat kekal di Terengganu musim depan.

Beliau adalah jurulatih yang berani letakkan saya dalam saingan Liga Super pada tahun 2020 walaupun masih muda,”

katanya.

Mengenai persaingan dengan Syihan Hazmi dan Kalamullah Al-Hafiz dalam pasukan kebangsaan, beliau berkata, semua penjaga gol mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan mahu fokus terhadap dirinya.

Beliau juga sudah belajar daripada kesilapan ketika perlawanan akhir Piala FA tempoh hari dan mengambil segala komen yang diberikan sebagai motivasi.

“Jika diberi peluang untuk bermain saya akan berikan yang terbaik dan belajar daripada kesilapan.”

Tambahnya, beliau tidak mahu memikirkan mengenai posisi penjaga gol utama dan hanya fokus 100 peratus terhadap pasukan.

Menurut Rahadiazli, beliau sudah berada dalam keadaan yang baik selepas kecederaan ketika bertemu Melaka United dalam saingan Liga Super tempoh hari.