Kalamullah Al-Hafiz akui ketiadaan Farizal Marlias buka peluang buat penjaga gol lain

701

Penjaga gol PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz mengakui ketiadaan penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) Farizal Marlias dalam skuad kebangsaan kali ini membuka ruang buat penjaga gol lain merebut posisi nombor satu itu.

Menurutnya, kesemua penjaga gol yang dipanggil adalah yang terbaik dan mempunyai kelebihan masing-masing.


“Untuk saya ini adalah peluang terbaik untuk tunjukkan kebolehan saya dalam skuad kebangsaan.

Apabila nama dipanggil ia adalah pencapaian terbaik bagi diri saya dan saya perlu buktikan dalam sesi latihan,”

katanya.

Menurutnya, terdepat perbezaan antara latihan bersama kelab dan skuad kebangsaan di mana ketua jurulatih, Kim Pan-gon menerapkan latihan berintensiti tinggi dan mementingkan penjaga gol melakukan build up dari bawah.

Menurutnya beberapa keputusan memberangsangkan yang dicatatkan oleh PJ City memberinya sedikit keyakinan menuju ke kem latihan kebangsaan.

“Pada awalnya memang pasukan PJ City gagal mencatatkan kemenangan dalam beberapa perlawanan.

Tetapi dalam beberapa perlawanan terakhir kita ada catat kemenangan dan juga seri menentang JDT, jadi bagi saya itu adalah persiapan yang baik.”

Beliau bertekad mahu memberi yang terbaik sekiranya diberi kepercayaan menjaga gawang negara buat kali oleh Pan-gon.

Ini merupakan panggilan kali keempat Kalamullah dalam kem latihan kebangsaan.

Beliau turut dipanggil oleh Pan-gon pada kem latihan pusat menjelang kelayakan Piala Asia 2023 Jun lalu tetapi tidak terpilih dalam senarai akhir.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen