Declan Lambert teruja dapat kap pertama negara, Azmi Murad harap terus diberi kepercayaan

2,870

Pemain pertahanan negara, Declan Lambert akui teruja apabila mendapat kap pertamanya untuk Malaysia selepas beliau diturunkan pada separuh masa kedua ketika perlawanan menentang Thailand di King’s Cup Thailand.

“Saya gembira apabila dapat kepercayaan untuk diturunkan pada 10 minit terakhir sekaligus membuat debut saya bersama negara. Memang gementar tapi turut teruja untuk mendapatkan kap pertama untuk negara,”

katanya.

Dalam perlawanan tersebut, skuad Harimau Malaya berjaya mara ke perlawanan akhir apabila menumbangkan skuad Gajah Perang dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 90 minit permainan.


Pemain KL City FC ini berharap mereka akan dapat meneruskan momentum kecemerlangan ini apabila menentang Tajikistan pada esok (25 September) sekaligus menjulang trofi King’s Cup.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain pertahanan muda Azam Azmi Murad turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila beliau dapat kepercayaan daripada ketua jurulatih Kim Pan-gon untuk diturunkan sekaligus sebagai debut pertamanya bersama skuad senior.

“Saya bersyukur dapat penampilan pertama bersama skuad senior dan berjaya meraih kemenangan.”

Tambahnya pemain Terengganu FC ini lagi, beliau berjanji akan terus berikan aksi terbaik sekiranya diberi peluang lagi untuk diturunkan pada perlawanan akhir nanti.

Malaysia akan cuba menyekat Tajikistan sekaligus mahu menjulang trofi itu buat kali kelima selepas skuad negara pernah memenangi trofi itu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen