Macam Lord Fakri cakap, ‘kalau bola tu tak nak masuk, tak masuk juga’ – Hadi Mizei

886

Penyerang KL Rovers FC, Muhammad Hadi Mezei berpuas hati dengan persembahan pasukannya walaupun mereka tewas di tangan PIB FC dalam perlawanan akhir Liga M3 pada malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit permainan.


“Saya berpuas hati dengan rakan sepasukan, jurulatih dan semua kerana sudah beri yang terbaik. Ini rezeki kita dapat naib juara Alhamdulillah,”

katanya kepada Harimau Malaya.

KL Rovers bermain dengan corak permainan berintensiti tinggi sejak wisel ditiupkan dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-50 menerusi Hadi Mizei, namun pada minit ke 81 PIB berjaya menyamakan kedudukan sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan dan akhirnya ke penentuan sepakan penalti.

Skuad kendalian Zamri Hassan itu mempunyai banyak percubaan serta tiga ke empat percubaan yang sepatutnya disempurnakan oleh pemain KL Rovers namun mereka gagal menyudahkan peluang yang terhidang.

“Mungkin seperti apa yang diperkatakan oleh Lord Fakri (Ahmad Fakri Saarani) sebelum ini, ‘kalau bola tu tak nak masuk, tak masuk juga’. Kita semua sudah buat yang terbaik dan jika melihat corak permainan pun kita yang control cuma seperti yang katakan bola tak nak masuk.”

KL Rovers turun beraksi dalam perlawanan akhir dengan dua tonggak utama pasukan itu tidak dapat diturunkan akibat penggantungan.

Susulan itu, Hadi Mizei telah diberikan tanggungjawab yang cukup besar oleh jurulatih apabila beliau diarahkan untuk bermain di beberapa posisi sepanjang perlawanan.

“Disebabkan dua pemain kita digantung, jadi jurulatih terpaksa buat perubahan taktikal sedikit yang mana saya diletakkan di posisi sayap kanan dan pertahanan. Alhamdulillah saya berjaya ikut arahan jurulatih dengan baik.”

Dalam pada itu, walaupun KL Rovers tewas namun mereka masih lagi mempunyai peluang untuk naik ke liga apabila mereka bakal menghadapi perlawanan play-off Liga Super yang mana mereka mungkin akan bertemu pasukan Perak FC atau pun UiTM FC.

“Sasaran kami kalau boleh menang play-off boleh naik Liga Super kenapa tidak. Kami akan ambil step by step untuk perbaiki kelemahan dan tampil dengan lebih baik nanti.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen