Tan Cheng Hoe seorang jurulatih yang boleh sesuaikan diri dengan semua pemain – Shahrel Fikri

485

Penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri menganggap bahawa ketua jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe adalah seorang individu yang boleh menyesuaikan diri dengan semua pemain dan karakter yang mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan.

Selepas ketibaan jurulatih itu di Selangor, beliau melihat semua pemain berada dalam mood yang positif.


“Saya lihat permainan beliau lebih kepada penguasaan bola dan bagi saya beliau boleh mengubah sesuatu untuk pasukan ini.

Bagi saya beliau adalah seorang jurulatih yang mampu sesuaikan diri dengan semua pemain, sentiasa mahukan kemenangan setiap perlawanan dan kadang-kadang garang,”

katanya.

Beliau bertekad mahu membuktikan sesuatu kepada Cheng Hoe untuk merebut tempat dalam pasukan.

Katanya, ketika ini Cheng Hoe harus bekerja dengan pemain yang ada dan beliau yakin peluangnya akan tiba jua.

“Semua pemain akan berikan yang terbaik untuk beliau dan kami harus berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk ambil kepercayaan beliau.”

Beliau mengakui tahap kecergasan ketika ini sedikit menurun kerana kurang minit permainan dan berharap dapat memikat jurulatih tersebut untuk sering diturunkan..