Osmera Omaro masih belum berpuas hati dengan barisan serangan skuad B-17

416

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan B-17 Malaysia, Osmera Omaro mengakui beliau masih belum berpuas hati dengan barisan serangannya yang masih tumpul walaupun mempunyai banyak peluang keemasan.

Osmera berkata demikian selepas skuad kendalian berjaya tewaskan Chinese Taipei B-17 dengan jaringan 2-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam petang tadi.


“Dalam perlawanan ini kita telah mencipta banyak peluang tetapi masalah sama berulang iaitu kit susah nak menjaringkan gol pada masa pihak lawan pula hanya melakukan tiga ke empat kali serangan tetapi setiap serangan mereka cukup berbahaya.

Tadi tiga percubaan kita kena palang gol ditambah dengan percubaan yang lain. Ini bukan masalah yang paling senang untuk kita baiki tapi kita harap dapat perbaiki kelemahan dalam masa terdekat ini,”

katanya.

Beliau berharap selepas perlawanan ini pemainnya terutamanya di barisan serangan akan lebih tajam apabila dihadapan gol.

Dalam perlawanan tadi, Chinese Taipei terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Larsen Lars Richard sebelum Danish Iskandar menyamakan kedudukan menerusi satu rembatan padu di luar kotak penalti.

Masuk separuh masa kedua, skuad Harimau Muda bermula garang apabila serang melakukan serangan bertali arus namun gagal menambah jaringan.

Bagaimanapun gol kemenangan negara muncul di saat-saat akhir apabila Malaysia dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnkan oleh Afiq Danish.

Dalam pada itu, skuad B-17 negara akan terbang ke Indonesia esok bagi menghadapi Kelayakan Piala B-17 2023.

Osmera juga berkata beliau akan menerapkan corak permainan dominan dan lebih agresif untuk menjaringkan gol.

Sementara itu, penjaring gol pertama negara Danish Iskandar mengakui beliau dan rakan sepasukan telah bermain dengan baik tetapi tiada rezeki untuk menang besar.

“Prestasi pasukan hari boleh dikatakan agak bagus kerana pihak lawan (Chinese Taipei) berbeza dengan pasukan lain. Hari ini kita tiada rezeki untuk menang besar walaupun mempunyai banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol.”

Beliau bagaimanapun menyuarakan keyakinannya bahawa mereka akan memberi aksi terbaik apabila mengharungi kelayakan Piala Asia B-17 nanti.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Indonesia, Palestin, Guam dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kelayakan Piala Asia B-17 2023 akan berlangsung dari 1 hingga 9 Oktober.