Aku tak puas hati lihat Sumareh sakit hati dikecam, dulu pemain warisan sekarang naturalisasi jadi sasaran – Junior Eldstal

1,773

Pertahanan kebangsaan, Junior Eldstal tidak senang dengan kecaman yang diterima rakan sepasukannya, Mohamadou Sumareh ketika kejohanan King’s Cup baru-baru ini.

Menurutnya, beliau sendiri melihat kecaman yang diterima oleh Sumareh memberi kesan kepada pemain itu ketika sesi latihan di Johor Darul Ta’zim (JDT).


“Aku pun tak puas hati apabila lihat kawan (Sumareh) balik training macam sakit hati kerana beliau juga baca komen-komen tersebut.

Beliau pun tahu tekanan sebagai pemain naturalusasi, sekarang semua orang nak kecam pemain naturalisasi, dulu pemain warisan yang kena,”

katanya.

Namun beliau menganggap bahawa penyokong harus lebih memahami kerana pemain juga adalah manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Katanya, selepas berjaya mencatat sejarah layak ke Piala Asia 2023, penyokong perlu berada di belakang para pemain.

Dalam pada itu, beliau tekad mahu kekal di JDT musim depan untuk bersaing mendapatkan tempat.

“Musim depan saya masih lagi mahu kekal di JDT dan saya berharap dapat dipanggil bagi mewakili Harimau Malaya.

Hati dan jiwa saya adalah untuk JDT selama-lamanya.”

Menurutnya, kejayaan menjuarai Liga Perdana adalah antara sebab beliau kembali ke kelab itu musim ini.

Tambahnya, beliau yakin bahawa JDT mampu mencipta sejarah dan tertarik untuk menyertai kelab itu apabila mendapat tawaran.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen