Azam Azih ada potensi main di Eropah, kelab lain harus contohi JDT wujudkan pusat latihan yang baik – Christophe Gamel

3,043

Bekas ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel berpendapat bekas anak didiknya, Nor Azam Azih mempunyai potensi untuk bermain di Eropah.

Menurutnya, Azam mempunyai kualiti yang mantap dan mampu memecahkan blok serta mencipta masalah buat pasukan lawan dari bahagian tengah.


“Apabila saya ambil alih Sri Pahang beliau tidak berada dalam keadaan yang baik dan bergelut dengan kecederaan, selepas itu saya tekan dirinya dan dia mula faham dan tingkatkan permainan.

Saya sendiri beritahunya bahawa beliau  boleh beraksi di Eropah, mungkin bukan di liga utama tetapi di liga kedua seperti Ligue 2, beliau ada kualiti yang sangat baik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berpendapat bahawa sebahagian pemain tempatan lebih gemar berada di zon selesa berbanding cuba meningkatkan tahap permainan mereka.

Ini menurutnya tidak akan memperbaiki tahap permainan dan hanya membuatkan pemain itu semakin ketinggalan.

“Di Eropah jika anda tidak tingkatkan tahap permainan anda, ada 100 orang lagi pemain yang boleh gantikan tempat anda.

“Di Eropah jika anda tidak tingkatkan tahap permainan anda, ada 100 orang lagi pemain yang boleh gantikan tempat anda.”

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan untuk setiap pasukan mewujudkan pusat latihan sendiri dengan fasiliti yang baik.

Beliau memuji apa yang dilakukan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan berkata setiap pasukan boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh kelab itu walaupun dengan bajet kecil.

“Sudah bajet pasukan lain tidak sama, tetapi dengan bajet yang kecil pun anda boleh lakukan sesuatu, saya lihat pasukan Sri Pahang sedang berada di landasan yang betul.

Apabila anda datang ke pusat latihan dengan padang serta fasiliti yang baik, ini akan meningkatkan motivasi anda dan perkara inilah yang membawa mentaliti juara dalam pasukan.”

Katanya, ini juga penting bagi kesinambungan kepada pasukan kebangsaan yang mantap.

Beliau berkata, perkara sama juga harus ditekankan di peringkat pembangunan akar umbi supaya para pemain muda mampu berkembang menjadi pemain yang baik.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen