Negeri Sembilan FC ‘diam-diam’ buat persedian untuk Liga Super

458

Sejak terpaksa menarik diri dari saingan Piala Malaysia musim ini gara-gara hampir keseluruhan skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) dijangkiti COVID-19, mereka seakan-akan senyap tanpa khabar berita sehingga kini.

Senyap bukan bermakna tidak buat kerja, sebaliknya NSFC juga sibuk membuat persiapan bagi mempersiapkan pasukan yang akan bersaing di Liga Super pada musim hadapan.


Ketika ini, NSFC telah mengumumkan beberapa pemain baru yang bakal menyarung jersi Hobin Jang Hobin antaranya adalah penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi, A. Selvan, Hariz Kamarudin, Namathevan Arunasalam, Sarkunan Krishnasamy, Ahmad Khuzaimi Bin Piee, Che Rashid Bin Che Halim, Izzuddin Roslan dan Sean Eugene Selvaraj.

Sumber foto: NSFC Facebook

Selain pengumuman beberapa pemain baru, hanya seorang sahaja pemain NSFC dilaporkan akan berhijrah buat masa ini iaitu penjaga gol Damien Lim yang akan berpindah ke Sabah FC.

Dengan kehadiran pemain-pemain baru, skuad kendalian K Devan dijangka akan mengekalkan pemain utama musim lalu termasuk kapten pasukan Zaquan Adha, Mohamad Fahmi Faizal dan Nasrullah.

Sumber foto: NSFC Facebook

Terdahulu, skuad Hobin Jang Hobin menamatkan penantian mereka selama sembilan tahun tanpa sebarang kejuaraan apabila menjulang trofi Liga Perdana.

Sumber foto: NSFC Facebook

Kali terakhir NSFC mengangkat trofi adalah pada tahun 2012 apabila menewaskan pasukan Kelantan FC untuk Piala Sumbangsih.

Sumber foto: NSFC Facebook

Selain mempersiapkan pasukan untuk saingan Liga Super 2022, NSFC juga kini sedang membuat pemilihan pemain untuk Piala Belia NSFC 2022 yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Disember ini.