Busanan Ongbamrungphan akui pemain perseorangan Malaysia miliki kualiti yang cukup baik

362

Pemain perseorangan wanita Bangkok Sena Club, Busanan mengakui kualiti yang dimiliki oleh skuad badminton Malaysia terutamanya di dalam acara perseorangan.

Beliau yang kini berada di kedudukan ke-12 dunia pernah menewaskan wakil negara, Kisona Selvaduray pada aksi di kejohanan Seluruh England pada tahun 2021.


“Sebenarnya pasukan Malaysia sangat bagus dalam perseorangan dan kesemuanya, tidak mustahil mereka akan terus meningkat tidak lama lagi,”

Busanan berjaya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersaing di kejohanan Malaysia Purple League tahun ini.

Kualiti permainan yang dimiliki oleh beliau membuktikan tahapnya sebagai antara pemain perseorangan wanita utama di Thailand. 

“Sasaran saya adalah untuk layak ke pusingan akhir World Tour tahun ini serta saya ingin cuba berada di kedudukan 10 terbaik dalam ranking.”

Terdahulu, Ratchanok Ithanon yang juga merupakan pemain perseorangan Thailand merupakan pemain pertama dari negara tersebut yang berjaya meraih gelaran No. 1 Dunia.

Berdasarkan prestasi semasa Busanan, tidak mustahil untuk beliau terus berjaya memperbaiki kedudukannya dan mengikut jejak langkah yang sama.

“Saya cuba untuk mencabar diri saya dan menjadi lebih baik setiap hari.

Saya harap saya akan dapat mencapai sasaran utama saya iaitu memperoleh pingat di Sukan Olimpik.”

Busanan berjaya membantu pasukannya mara ke peringkat separuh akhir tahun ini sebelum tewas di tangan Petaling Badminton Club pada perlawanan semalam (8 September).

Meskipun menang pada perlawanan menentang Ho Yen Mei dari Puchong United Badminton Club di peringkat penentuan tempat ketiga dan keempat namun pasukannya tetap tewas berdasarkan kiraan mata penuh.

Selepas ini, Busanan akan terus memberi fokus bagi menghadapi saingan di kejohanan sekitar Eropah seperti Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis.  

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap
and choose
Add to Home Screen