FAM tunggu tarikh mengundi PRU 15 terlebih dahulu sebelum keluarkan kenyataan

559

Kecoh di media sosial hari ini apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan menentapkan PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran Parlimen.


Jika mengambil kira tempoh 60 hari, PRU dijangka akan berlangsung pada pertengahan bulan November yang mana ketika itu adalah Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) bermula 13 hingga 21 November 2023.

Ia sekaligus akan memberi kesan kepada skuad kebangsaan Malaysia apabila sudah pasti ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon akan memanggil pemain untuk menyertai kem latihan berpusat untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa, dan jika PRU akan diadakan tarikh tersebut sudah pasti ia akan memberi kesan pada pasukan kebangsaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diminta untuk memberi komen mengenai pengumuman pembubaran Parlimen berkata mereka tidak akan memberi sebarang komen buat masa ini.

“Buat masa ini, tiada apa-apa komen lagi. Kita tunggu dan lihat tarikh-tarikh penting seperti tarikh penamaan calon, tarikh mengundi PRU 15 dan sebagainya diumumkan oleh SPR (Suruhanjaya Piliharaya) nanti, samada ia ada bertindih dengan mana-mana tarikh penting dalam kalendar bola sepak yang melibatkan FAM atau perlawanan pasukan kebangsaan,”

kata Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman kepada Harimau Malaya.

Jika PRU dibuat pada pertengahan bulan November, ia bukan sahaja akan memberi kesan pada skuad kebangsaan, tetapi juga persiapan pasukan yang bersaing dalam Piala Malaysia.

Apa pun sama-sama kita nantikan perkembangan terbaru mengenai tarikh PRU sebelum pihak FAM dapat membuat sebarang kenyataan rasmi.