Tiada arahan ‘istimewa’ jurulatih untuk pemain sebelum belasah Indonesia 5-1 – Danish Darus

415

Ketua pasukan skuad B-16 negara, Danish Darus memberitahu ketua jurulatih Osmera Omaro tidak memberi sebarang arahan ‘istimewa’ pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Indonesia apabila mereka berjaya menang 5-1.

Menurut Danish, Osmera hanya meminta mereka untuk lebih fokus dan bermain seperti biasa sahaja.


“Coach cakap kami cuma perlu main perlawanan seperti biasa seperti kami main di Malaysia dan lebih fokus, jadi kami ikut segala percaturan yang telah dilakukan dan Alhamdulillah kami berjaya buat yang terbaik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Terdahulu, skuad Harimau Muda berjaya menjadi juara Kumpulan B sekaligus layak ke Piala Asia B-17 2023 secara merit.

Dalam pada itu, Danish turut mengulas lanjut mengenai perlawanan kedua kumpulan menentang Guam yang mana mereka hanya sekadar seri 1-1.

“Masa lawan Guam coach masukkan pemain simpanan, campur pemain utama dengan pemain simpanan kerana mahu beri peluang kepada pemain lain supaya kami dapat all out masa lawan UAE.”

Sementara itu, Danish juga berkata beliau dan rakan sepasukan tidak kisah bermain tanpa penyokong atau dengan penyokong tuan rumah kerana mereka akan tetap bermain dengan corak permainan mereka sendiri.

Beliau pada masa sama turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong Malaysia yang hadir bagi menyokong mereka dari awal sehingga ke perlawanan terakhir.