Arham Khussyairi harap perhatian Kim Pan-gon untuk sarung jersi Harimau Malaya

628

Ketua pasukan yang juga pemain pertahanan UiTM FC, Arham Khussyairi mahu pamer aksi yang lebih baik pada saingan Liga Super musim depan dengan harapan dapat perhatian ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

“Pada tahun depan saya pamer aksi terbaik dan berharap dapat perhatian Kim Pan-gon untuk bermain dalam skuad kebangsaan yang mana kita sedia maklum beliau gemar memberi peluang kepada pemain muda seperti saya. Saya harap dapat buka mata beliau nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Arham berkata beliau dan rakan sepasukannya janji akan memberikan saingan sengit buat pasukan Top 3 Liga Super dalam perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia nanti.


Dalam undian Piala Malaysia yang dilakukan baru-baru ini, UiTM telah diundi untuk bertemu pasukan di kedudukan ketiga Liga Super yang mana mereka mungkin akan bertemu samada Sabah FC, Terengganu FC atau pun Negeri Sembilan FC.

“Selepas tengok undian hari itu kami akan berjumpa dengan pasukan Top 3 Liga Super. Apa yang saya boleh katakan UiTM akan bagi saingan terbaik walaupun kami ni daripada pasukan bawah sekali di Liga Perdana tapi kami akan buktikan mampu beri aksi terbaik nanti,”

Pada masa sama, pemain berusia 22 tahun itu berkata berkata ketua jurulatih iaitu Ismail Ibrahim akan membuat sedikit perubahan taktikal bagi berdepan pasukan gergasi Liga Super.

Sementara itu, beliau yang ditanya samada sudah dirisik pasukan lain untuk musim hadapan memberitahu buat masa ini beliau masih belum terima sebarang tawaran.

“Setakat ini masih belum ada berita kerana fokus saya ketika ini adalah kepada Piala Malaysia.”

Biarpun UiTM adalah sebuah pasukan kerdil, namun beliau berharap skuad The Lions Troops.