Hector Bidoglio mahu terus cipta sejarah bersama JDT, akui Shane Lowry tidak sempat sembuh untuk Piala Malaysia

1,763

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menganggap bahawa Johor Darul Ta’zim merupakan kelab yang bercita-cita besar menyebabkan beliau gembira berada di kelab itu.

Beliau berkata ia dibuktikan melalui fasiliti bertaraf dunia yang dimiliki oleh pasukan itu dan perasaan ingin terus meningkatkan tahap mereka.


“Semua kelab berbeza tetapi JDT adalah sebuah kelab yang bercita-cita besar dengan segala yang ada di sini. Saya gembira memenangi piala di sini dan saya mahu terus mencipta sejarah pada masa depan.

Walaupun kelab ini sentiasa memenangi piala, kami belum mencapai tahap yang tertinggi dan mahu terus memperbaiki prestasi.”

katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui penyerang, Bergson da Silva merupakan penyerang serba boleh yang berpengaruh dalam kelab itu.

Menurutnya, Bergson bukan sahaja mampu menjaringkan gol tetapi juga sentiasa membantu pasukan secara keseluruhan.

“Bergson merupakan penyerang yang serba lengkap, beliau bukan sahaja boleh menjaringkan gol tetapi juga membantu mencipta peluang gol buat pasukan.

Beliau juga rajin berada di setiap kawasan padang dan boleh mempengaruhi perlawanan.”

Sementara itu, beliau mengakui bahawa JDT bakal mengharungi kejohanan Piala Malaysia tanpa pemain pertahanan Shane Lowry yang cedera ketika bertemu Kedah Darul Aman FC.

Katanya, pemain Australia itu tidak sempat pulih dan terpaksa disisihkan akibat kecederaan serius tersebut.

Tambahnya, Fernando Forestieri pula tidak diturunkan bagi memberi ruang buat pemain-pemain lain beraksi.

JDT menang 3-0 ke atas Sabah FC pada perlawanan terakhir Liga Super sebentar tadi.