Pemain PJ City FC, P. Rajes meninggal dunia akibat kemalangan

13,396

Berita sedih menyelubungi pasukan PJ City FC pagi ini apabila pemain pertahanan mereka iaitu P. Rajes dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Kematian pemain berusia 37 tahun itu disahkan oleh pihak pengurusan PJ City yang memaklumkan P. Rajes telah meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal kira-kira pukul 1.48 pagi.


“Sedih untuk dimaklumkan bahawa pemain kami P. Rajes telah meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal.”

Rajes memulakan karier bola sepaknya bersama PKNS FC pada tahun 2011 hingga 2013 yang mana beliau berjaya merangkul kejuaraan Liga Premier pada tahun 2011.

Selepas itu, beliau berhijrah ke pasukan Selangor dan Kedah sebelum kembali menyertai pasukan PKNS untuk musim 2016.

Bagaimanapun selepas PKNS dibubarkan, beliau kemudian berhijrah dengan menyarung jersi PJ City pada tahun 2018 hingga ke musim ini.

Sepanjang kariernya bersama skuad The Phoenix, Rajes telah membuat sebanyak 44 penampilan dengan menjaringkan dua gol.

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang, sahabat dan juga keluarga PJ City atas kehilangannya.