Presiden kelab masuk campur urusan taktikal ketua jurulatih sudah jadi budaya di Asia Tenggara?
Kejayaan sesebuah kelab bola sepak tidak hanya bergantung kepada pemain sahaja, sebaliknya ia lebih bergantung kepada taktikal dan corak permainan yang diterapkan dalam setiap perlawanan.
Mereka (ketua jurulatih) merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merencana strategi bagi memastikan pasukannya mendapatkan keputusan positif dalam setiap perlawanan yang diharungi.
Selalunya pemilik atau presiden kelab tidak akan masuk campur urusan taktikal mahu pun pemilihan pemain kerana ia diserahkan kepada ketua jurulatih kerana itu adalah kerja mereka dan pasti akan tampak janggal dan tidak profesional jika ada pihak lain masuk campur tangan dalam urusan tersebut.
Perkara itu berlaku di Thai League 1 baru-baru ini apabila tersebar satu gambar yang memaparkan ketua jurulatih Buriram United dilihat sedang memberi penjelasan taktik kepada presiden kelab.
Buriram United's head coach explaining the tactics to the club president last night.
— Thai League Central (@TL_Central) October 16, 2022
Thailand only? pic.twitter.com/rFCGIJI83m
Gambar yang dimuat naik oleh Thai League Central di media sosial Twitter mereka ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara yang turut mendedahkan perkara sama juga terjadi di negara mereka.
Salah seorang peminat Thai League 1 mendedahkan perkara itu bukan sahaja berlaku di Buriram United sahaja tetapi juga beberapa kelab lain seperti Ratchaburi FC, Chiangrai FC dan Port FC.
Peminat bola sepak Indonesia turut tampil menyatakan bahawa situasi yang berlaku di Thai League 1 adalah perkara normal di Liga 1 Indonesia.
Malah salah seorang peminat juga mendakwa bahawa ada presiden kelab bola sepak di Indonesia yang duduk di bangku simpanan, memberi arahan kepada pemain termasuk ada yang membuat protes kepada pegawai keempat perlawanan.
Situasi ini turut berlaku dalam saingan Liga Super Malaysia apabila ada presiden kelab yang dikatakan mempunyai kuasa untuk menentukan taktikal permainan, pemain yang akan diturunkan serta ditukarkan.
@amirulfaslimohdnor JDT vs Kedah 4-1 Ayuh Johor! #johordarultakzim #stadiumsultanibrahim #johordarultakzim🔴🔵 #ligasupermalaysia2022 ♬ BossKu – MeerFly
Di liga Eropah juga masih ada yang berlaku tetapi hanya sebilangan kecil sahaja kerana tugas itu diserahkan 100 peratus kepada ketua jurulatih.
Ini kerana mereka (ketua jurulatih) dibayar mahal berdasarkan pengalaman dan reputasi mereka, jadi jika presiden yang tentukan taktikal dan pilihan pemain maknanya ketua jurulatih itu hanya ‘makan gaji buta’ sahaja.
Sementara itu, ada juga peminat bola sepak yang mendakwa situasi ini sudah menjadi budaya di liga bola sepak di rantau Asia Tenggara.