KL City FC bukan pasukan ‘underdog’, mereka pasukan yang tersusun dan ada import bagus – Rasheed Jaber

1,441

Ketua jurulatih Al-Seeb, Rasheed Jaber tidak menganggap pasukannya merupakan pasukan pilihan pada perlawanan akhir Piala AFC menentang KL City FC.

Menurutnya, KL City adalah sebuah pasukan yang tersusun di atas padang dan mempunyai pemain-pemain yang baik terutama pemain import.


“Bagi saya mereka bukanlah pasukan ‘underdog’, mereka adalah pasukan yang bagus seperti yang ditunjukkan ketika menentang pasukan ATK Mohun Bagan dan Sogdiana.

Gaya permainan mereka di atas padang tersusun, dan mereka juga ada pemain import yang bagus terutama kapten (Paulo Josue) dan pemain bernombor tujuh (Romel Morales),”

katanya kepada Harimau Malaya.

Katanya, walaupun pemain-pemain mempunyai fizikal yang lebih besar, beliau menolak ia memberi kelebihan kepada pasukannya kerana pasukan KL City turut mempunyai kekuatan mereka tersendiri

Dalam pada itu, beliau berkata persiapan pasukannya kini berada dalam keadaan yang baik dan telah melakukan persediaan sejak mereka menang perlawanan akhir zon barat.

“Kami tiba di sini awal untuk adakan persiapan dan kami akan biasakan diri dengan masa dan cuaca di sini dalam tempoh tiga hari ini.”

Beliau berharap mampu mencipta sejarah menjuarai kejohanan itu setelah menjadi pasukan pertama dari Oman yang mara ke perlawanan akhir Piala AFC.

Perlawanan antara KL City dan Al-Seeb akan berlangsung pada pukul 7.00 malam Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.