Zhafri Yahya bangga jadi pasukan pertama gunakan VAR dalam negara, harap Liga Malaysia mampu contohi

569

Pemain sayap KL City FC, Zhafri Yahya berasa teruja untuk beraksi buat pertama kali dengan teknologi video bantuan pengadil (VAR) pada perlawanan akhir Piala AFC menentang Al-Seeb Sabtu ini.

Menurutnya, beliau berharap Liga Malaysia turut akan menggunakan teknologi itu pada masa akan datang.


“Pada mulanya memang rasa rugi sebab tidak boleh bermain di Stadium Cheras tetapi ia sudah ditetapkan dan kami harus laluinya sahaja.

Tetapi ia adalah satu penghargaan untuk KL City apabila menjadi pasukan pertama yang menggunakan teknologi VAR di dalam negara dan saya harap liga kita juga mampu gunakan pada masa depan,”

katanya.

Beliau mengakui para pemain sememangnya mahu beraksi di Stadium Cheras berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kerana sudah biasa dengan padang dan suasana di situ.

Katanya, SNBJ pernah memberi memori manis kepada mereka ketika Piala Malaysia tahun lalu dan berharap ia turut memberi tuah pada kali ini.

“Bermain di SNBJ juga adalah home buat kami jadi sudah tentu kami mahu buat yang terbaik dan harap semuanya berjalan dengan lancar Sabtu ini.”

Tambahnya, mereka sudah mengkaji permainan Al-Seeb serta para pemain mereka, dan sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen