Norshahrul Idlan Talaha belum tahu nasibnya pada musim hadapan

1,410

Pemain Melaka United FC, Norshahrul Idlan Talaha masih lagi belum mengetahui mengenai nasibnya pada musim hadapan, namun memberitahu beliau masih lagi mahu terus bermain jika ada rezeki.

“Belum tahu lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan main lagi,”

ujarnya ringkas.

Norshahrul atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo pada masa sama turut menyuarakan keinginannya untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya sekiranya diberi peluang lagi oleh ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan-gon.


“Saya kalau diberi peluang sudah pasti saya akan main dan insyaAllah saya boleh bantu pasukan cuma terletak pada ketua jurulatih. Cuma sekarang masalah dengan Melaka United kita tahu ramai pemain import yang tak main jadi setiap perlawanan liga cukup sukar kerana kita tak boleh fokus.

Piala Malaysia pun tak dapat main jadi macam mana kita nak tunjukkan prestasi untuk ke skuad kebangsaan.”

Susulan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan, penyertaan Melaka United dalam kejohanan Piala Malaysia pada tahun ini telah dibatalkan dan slot tersebut telah diberikan kepada Penang FC.

Dalam pada itu, pemain berusia 36 tahun itu berharap agar masalah yang dihadapi skuad Hang Jebat dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Buat masa tiada perkembangan, saya serahkan kepada pihak pengurusan dan PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) dan MFL (Malaysian Football League).”