Perbezaan kualiti yang ketara menjadi punca KL City FC tumpas di tangan Al-Seeb – Bojan Hodak
Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak mengakui perbezaan kualiti pasukan Al-Seeb menjadi punca mereka tewas di tangan Al-Seeb dalam perlawanan akhir Piala AFC sebentar tadi.
Menurut Hodak, walaupun pemainnya berjaya mencipta beberapa peluang, namun kegagalan menjaringkan gol dan kesilapan mudah telah menghukum mereka.
“Sebelum perlawanan malam ini saya pernah cakap bahawa Al-Seeb adalah sebuah pasukan yang cukup bagus. Mereka dapat dua peluang dan berjaya menjaringkan tiga gol. Gol pertama itu bukanlah peluang sebaliknya sepakan penjuru yang terus menerjah jaring.
Kita mempunyai beberapa peluang tetapi tidak berjaya menjaringkan gol menyebabkan kita dihukum untuk pasukan yang mempunyai kualiti yang cukup hebat,”
katanya.
Tambahnya lagi, beliau tidak terkejut dengan taktikal pasukan dari Oman itu tetapi dengan kualiti pemain-pemain mereka membuatkan kesilapan kecil yang dilakukan pemainnya dihukum.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL City tewas 3-0 hasil jaringan Al-Busaidi, Al-Muqbali dan Al-Ghassani.
Dalam pada itu, Hodak juga tidak menyesal dengan keputusannya untuk memasukkan penjaga gol import Kevin Mendoza bagi menggantikan Azri Ghani supaya boleh menajamkan bahagian serangan dengan memasukkan Jordan Mintah.
“Kevin adalah seorang penjaga gol terbaik di Malaysia oleh itu tidak timbul persoalan mengapa dia dimasukkan.”
Pengendali dari Croatia itu pada masa sama turut memberitahu beliau memasukkan pemain muda Haqimi Azmi pada separuh masa kedua kerana berkata pemain itu mempunyai yang cukup besar.
Malah beliau akan terus memberikan minit permainan kepada Haqimi kerana pemain itu adalah pemain masa hadapan KL City.
Sementara itu, beliau turut memasukkan pemain veteran Safee Sali pada penghujung babak kedua sebagai tanda penghormatan buat pemain lagenda itu.
“Safee seorang pemain lagenda dan kita takt ahu sampai bila beliau akan terus bermain jadi sebagai tanda hormat padanya saya masukkannya sama seperti Shukar Adan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu.”
Hodak juga bangga dengan persembahan kesemua pemainnya sepanjang kempen Piala AFC musim ini dan berkata beliau mahu anak buahnya melupakan kekecewaan pada malam ini kerana fokus mereka selepas ini adalah kempen Piala Malaysia menentang PDRM FC pada 27 Oktober ini.