Walaupun dapat sokongan padu Elephant Army, Sri Pahang FC tetap main macam budak-budak

2,033

Sri Pahang FC membuka tirai Piala Malaysia dengan kekalahan memalukan di tempat sendiri selepas tewas 5-1 kepada Terengganu FC.

Walaupun perlawanan itu dihadiri oleh ultras Sri Pahang, Elephant Army yang kembali memenuhi stadium selepas sekian lama, Tok Gajah tetap gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri.


Dengan kehadiran Elephant Army juga, Sri Pahang berjaya mencatat rekod kehadiran tertinggi bagi perlawanan pertama Piala Malaysia iaitu seramai 19,770.

Tetapi segalanya nampak serba tidak kena dengan pasukan Sri Pahang daripada bahagian pertahanan hinggalah bahagian serangan.

Sorakan semangat yang diberikan oleh Elephant Army nampaknya tidak berjaya membuatkan pemain-pemain Sri Pahang untuk sekurang-kurangnya menunjukkan persaingan.

Rata-rata penyokong Sri Pahang begitu kecewa dengan persembahan longlai yang ditampilkan oleh pasukan mereka sendiri.

Di media sosial, penyokong sendiri yang mengutuk aksi yang ditampilkan oleh para pemain kerana berang dengan keputusan tersebut.

Sri Pahang juga dilihat sukar untuk menterbalikkan defisit besar tersebut dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin selepas ini.

Justeru, perlawanan pada Selasa nanti kemungkinan besar menjadi perlawanan terakhir buat pasukan Sri Pahang sebagai penutup bagi musim ini.

Walaubagaimanapun, kehadiran Elephant Army pastinya terus ditagih oleh pasukan Sri Pahang bagi menaikkan moral para pemain.

Sekiranya tersingkir awal di Piala Malaysia, nampaknya peminat harus menunggu sehingga musim depan pula untuk kembali menyaksikan Elephant Army memberi sokongan di stadium.