Jurulatih Buriram United B13 tidak pandang belakang, ingin hantar anak buahnya beraksi di luar dari Thailand

160

Ketua jurulatih Buriram United B13, Sonchai pasang tekad untuk lihat anak buahnya terus melangkah jauh di dalam bola sepak selepas ini.

Beliau percaya pemain-pemain muda yang dimiliki olehnya ketika ini miliki peluang besar untuk terus bersinar sekiranya memiliki peluang beraksi di liga luar selain daripada Thailand.


“Kami ingin menghantar mereka ke luar sama ada Jepun atau Eropah.

Mereka memiliki peluang, jika ada peluang kami ingin menghantar mereka ke luar,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengakui kemampuan pemain daripada Malaysia yang dapayt dilihat sepanjang bersaing di kejohanan Piala Supermokh 2022.

Semangat tidak mudah mengalah serta kebolehan di atas padang akan membantu pemain Malaysia untuk terus cemerlang.

“Pemain dari Malaysia memiliki kebolehan serta kelajuan yang baik.

Ada beberapa orang daripada mereka yang menyebabkan kami berhadapan kesukaran untuk bersaing.”

Terdahulu, Sonchai berjaya membimbing pasukannya untuk memenangi saingan B13 di kejohanan Piala Supermokh kali ini selepas membenam AMD Panthers B13 di perlawanan akhir.

Meskipun tewas di perlawanan pertama, Sonchai serta barisan kejurulatihan yang lain berjaya mengembalikan semangat para pemain untuk terus fokus dan berikan yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kami dari Thailand dan apabila kami kalah pada perlawanan pertama, kami beritahu kepada pemain untuk terus fokus dan memberikan yang terbaik.

Kami mewakili Thailand dan kami perlu menunjukkan corak permainan dari sana.”

Beliau akui aksi final bukan lah perlawanan yang begitu mudah buat beliau dan pemain tatkala pemain dari Malaysia berjaya menghalang kemaraan yang cuba dilakukan oleh mereka.

“Saya tahu perlawanan ini akan menjadi sukar tetapi kami tahu yang pasukan dari Malaysia juga perlu melakukan yang terbaik kerana kami menghadapi perlawanan seimbang.

Kedua-dua pasukan beraksi dengan baik di final.”