Zitnjak Matej hadiahkan kemenangan NK Osijek kepada warga Malaysia yang berikan sokongan

534

Ketua jurulatih NK Osijek, Zitnjak Matej mendedikasikan kemenangan pasukannya pada hari ini di kejohanan Piala Supermokh 2022 kategori B14.

Lebih mengejutkan, mereka dinobatkan selaku juara selepas berjaya menundukkan pasukan pilihan, Paris Saint-Germain dengan keputusan 2-1.


“Ia sangat hebat, saya ingin menghadiahkan kemenangan ini kepada warga Malaysia yang tidak pernah menolak sebarang permintaan kami.

Mereka buat kami berasa seperti di rumah, saya juga ingin berterima kasih kepada kelab kami Osijek di Croatia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

NK Osijek mempamerkan aksi cukup menyakinkan sepanjang perlawanan akhir dengan berjaya mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.

Ketangkasan penjaga gol, Grahovac Matej menjadi salah sebuah ‘senjata utama’ yang membantu pasukan dari Croatia ini melakukan kejutan ke atas gergasi Perancis tersebut.

Selain itu, ketajaman ketua pasukan, Gagulic Matej di bahagian hadapan turut menyukarkan pertahanan PSG sepanjang perlawanan berlangsung.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan, ia merupakan pemain yang cukup hebat.

Pertemuan berintesiti tinggi, selepas 70 minit kami berhak di atas kemenangan ini.”

Dengan berakhirnya perlawanan tersebut, maka tamatlah penganjuran kejohanan Piala Supermokh bagi tahun ini.

Harapnya kejohanan peringkat akar umbi seperti ini dapat dikekalkan untuk jangka masa panjang bagi membolehkan pemain muda tempatan memperoleh peluang untuk bersaing dengan akademi ternama di serata dunia.