Siapa bakal menjadi penjaga gol no.1 di Selangor FC?
Selangor dengan rasminya mengumumkan seorang penjaga gol yang baru iaitu Samuel Somerville yang berpindah dari Penang FC bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Samuel atau lebih gemar dipanggil Sam memberitahu mengapa beliau memilih Selangor FC yang telah ada seorang penjaga gol berkaliber iaitu Khairul Azhan berbanding terus bersama Penang FC yang mana sudah pasti posisi penjaga gol miliknya kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang besar dalam Liga Malaysia.
Beliau turut berkata “Apabila bercakap tentang bola sepak Malaysia, Selangor adalah salah satu pasukan yang akan disebut” jadi faktor utama Sam menyertai Selangor kerana statusnya sebuah kelab yang besar di Malaysia.
Berbalik kepada soal siapa bakal mengisi kedudukan nombor 1 selaku penjaga gawang Selangor musim hadapan.
Khairul Azhan selaku pemain senior di Selangor FC beliau mempunyai keyakinan dan persefahaman yang baik untuk pasukan. Komunikasinya dalam padang sebagai benteng terakhir menjaga gawang juga begitu baik. Tetapi ada beberapa ketika Khairul Azhan kerap juga melakukan kesilapan kecil lalu memberi gol mudah kepada pihak lawan.
Tentang Sam Somerville pula prestasi beliau di Penang sangat mengagumkan. Beliau mempunyai momentum yang baik apabila beraksi dalam padang. Malahan, refleksi Sam sebagai seorang penjaga gol sangat tangkas. Beliau memiliki kemahiran teknikal yang tinggi sebagai penjaga gol moden berbanding Khairul Azhan.
Selain itu, kehadiran Sam Somerville ke Selangor FC adalah untuk memberi persaingan yang sihat kepada Khairul Azhan dimana sebelum ini beliau terlampau selesa selaku penjaga gol utama Selangor musim lepas. Jadi kehadiran Sam juga boleh jadi pemangkin semangat untuk Khairul Azhan beraksi lebih cemerlang pada masa akan datang.