MMA di Malaysia
MMA atau Mixed Martial Arts adalah sukan yang menyerupai tinju atau gusti yang terkenal di Amerika. Pada masa kini ia mula tersebar ke serata dunia terutama sekali negara Asia seperti Jepun dan Korea. MMA merupakan pertandingan yang dibenarkan mengguna pelbagai jenis pertahankan diri.
Sukan MMA mula dikenali dinegara kita sejak akhir-akhir ini dan mula membangun seperti negara Asia yang lain seperti negara Jepun, China dan korea yang telah lama bergiat aktif.
Pelbagai jenis seni mempertahankan diri dibenarkan dalam MMA ini seperti taekwando, karate, judo, muay thai dan banyak lagi. Sukan MMA juga agak berbahaya kerana melibatkan semua anggota badan apabila berada dalam gelanggang. Peralatan keselamatan yang dipakai adalah pendakap gigi bagi mengelakkan gigi patah semasa perlawanan. Malahan sarung tangannya adalah lebih nipis berbanding yang diguna pakai oleh sukan tinju.
Sukan MMA merupakan sukan yang lasak, memerlukan fizikal yang kuat selain perlu bijak dalam melakukan teknik atau pergerakkan untuk menewaskan musuh. Gelanggang MMA berbentuk seperti sangkar dan bulat Dimana hanya terdapat peserta dan pengadil sahaja. Jika peserta cedera teruk atau telah pengsan maka pengadil akan terus menghentikan perlawanan.
Selain itu, terdapat beberapa peraturan seperti peserta menepuk gelanggang bermaksud bahawa peserta telah menyerah kalah. Sukan MMA merupakan sukan yang memerlukan stamina dan tenaga yang banyak justeru intensiti latihannya sangat lasak. Remaja di negara kita mula meminati sukan MMA ini semenjak ia diperkenalkan. Malahan negara kita mempunyai persatuannya iaitu Persatuan MMA Malaysia.
Dari situ banyak melahirkan atlet-atlet MMA negara. Selain itu persatuan juga aktif dalam mempromosikan dan mengadakan pertandingan MMA terutama sekali kepada golongan belia supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral.