Datuk Fizz Fairuz kecewa dengan keadaan semasa Sri Pahang sebagai seorang peminat setia

2,881

Pelakon terkenal negara, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa kecewanya sebagai seorang peminat setia pasukan Sri Pahang FC setelah sekian lama.

Beliau juga berharap agar dapat melihat pasukan kesayangan tersebut dapat mencapai tahap terbaik semula sepertimana yang pernah diraih sebelum ini.


“Saya sebagai penyokong Sri Pahang FC semestinya terkilan dengan keadaan pasukan tersebut dengan keadaan pemain yang kurang memuaskan.

Kita hendak Pahang yang dahulu, kata orang semangat dengan ultras yang bagi sokongan, sekarang ada banyak desas desus dengan tuntutan dan sebagainya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau turut memasang impian untuk melihat akan ada perubahan besar kepada pasukan ini untuk saingan musim depan.

Beliau ingin pihak pengurusan skuad Tok Gajah melakukan pertimbangan sewajarnya untuk mengenalpasti kekurangan dan memperbaiki kelemahan pasukan supaya tidak lagi menjadi mangsa belasahan kelab-kelab lain di Liga Malaysia.

“Apa yang saya tahu kekuatan Sri Pahang tahun hadapan akan berganda, akan ada pemain yang baru.

Pemain sekarang ini mungkin disimpan atau boleh dihantar pulang, selebihnya saya mengharapkan yang terbaik dari Sri Pahang.”

Sebagai peminat setia, semestinya kejatuhan pasukan Sri Pahang sejak kebelakangan ini jelas dirasai bukan sahaja oleh beliau, malah seluruh barisan penyokong pasukan.

Harap akan adanya sinar baru buat pasukan tersebut yang pernah menjadi antara nama besar di Liga Malaysia satu ketika dahulu.

Kali terakhir mereka merangkul gelaran juara Liga Super adalah pada tahun 2004 dan 2018 untuk kejohanan Piala FA.

Mereka pernah memenangi saingan Piala Malaysia sebanyak empat kali dan terakhir adalah pada tahun 2014 yang lalu.

Sri Pahang FC menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ketujuh serta terkandas di pusingan 16 Piala Malaysia selepas dibelasah oleh pasukan Terengganu FC dengan agregat 9-3.