KPG akan bawa skuad kedua ke Piala AFF? Jika ya, ini adalah senarai yang punya potensi untuk dipanggil sarung jersi Harimau Malaya

9,381

Peminat bola sepak tanah air kini bukan sahaja teruja dengan saingan Piala Malaysia yang bakal memasuki peringkat separuh akhir, tetapi juga untuk menyaksikan dua perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Malaysia pada bulan Disember.

Skuad negara akan bertemu Kemboja di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember manakala Maldives pada 14 Disember di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.


Berikutan itu, ramai peminat yang sudah bercakap-cakap mengenai pemain manakah yang akan dipilih oleh ketua jurulatih Kim Pan-gon untuk menyarung jersi negara dalam dua perlawanan persahabatan dan juga Piala AFF nanti.

Semua sedia maklum bahawa kejohanan Piala AFF tiada dalam kalendar FIFA (Konfederasi Bola Sepak Antarabangsa), oleh itu berkemungkinan besar Pan-gon tidak akan membawa sebahagian besar pemain utama.

Tidak dapat dinafikan peminat mahukan skuad negara menjulang trofi itu selepas kali terakhir berjaya melakukannya pada tahun 2010.

Pengendali dari Korea Selatan itu pernah menyenaraikan pemain berbeza bagi menghadapi kejohanan King’s Cup Thailand baru-baru ini dan terbukti berjaya apabila menjadi naib johan.

Jika benar beliau akan menampilkan barisan pemain berbeza, mungkin senarai pemain di bawah ini mempunyai potensi besar untuk dipanggil.

Beberapa tonggak utama seperti Arif Aiman, Farizal Marlias, Corbin Ong, Matt Davies dan beberapa lagi besar kemungkinan tidak akan disenaraikan kerana mereka terlalu banyak beraksi pada musim ini.

Tambahan pula, nama-nama pemain yang tidak disenaraikan ini juga boleh dikatakan hampir pasti akan menyertai skuad negara untuk kejohanan Piala Asia 2023 nanti, jadi mungkin Pan-gon boleh gunakan Piala AFF sebagai platform untuk tambah pool players untuk masa akan datang.

Penjaga gol:

  1. Syihan Hazmi (Negeri Sembilan FC)
  2. Kalamullah Al-Hafiz (PJ City FC)
  3. Suhaimi Husin (Terengganu FC)

Pemain pertahanan:

Left back

  1. Declan Lambert (KL City FC)
  2. Aliff Zakaria (Terengganu FC)

Right back

  1. Kamal Azizi (KL City FC)
  2. Rizal Ghazali (Sabah FC)

Centre back

  1. Dion Cools (FK Jablonec)
  2. Shahrul Nazeem (Selangor FC)
  3. Feroz Baharudin (JDT)
  4. Shahrul Nizam (Terengganu FC)
  5. Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC)

Midfielder

  1. Mukhairi Ajmal (Selangor FC)
  2. Brendan Gan (Selangor FC)
  3. Baddrol Bakhtiar (Sabah FC)
  4. Afiq Fazail (JDT)
  5. Nathaniel Wan Shio Hong (JDT)
  6. Ryan Lambert (KL City FC)
  7. Faiz Nasir (Terengganu FC)
  8. Lee Tuck (Sri Pahang FC)
  9. Ezequiel Aguero (Sri Pahang FC)

Winger

Left winger

  1. Faisal Halim (Terengganu FC)
  2. Akhyar Rashid (JDT)
  3. Safawi Rasid (JDT)
  4. J. Partiban (KL City FC)

Right winger

  1. Fayadh Zulkifli (Kedah Darul Aman FC)
  2. Zhafri Yahya (KL City FC)
  3. Nik Sharif (Selangor FC)

Penyerang

  1. Syafiq Ahmad (JDT)
  2. Nurshamil Ghani (Kelantan FC)
  3. Darren Lok (PJ City FC)
  4. Luqman Hakim (K.V. Kortrijk)

Hampir kesemua pemain ini mempamerkan aksi yang cukup konsisten sepanjang saingan Liga Malaysia pada musim ini, oleh itu rasanya sudah tiba masanya untuk mereka diberi peluang untuk terus, kembali atau menyarung jersi Harimau Malaya buat pertama kali.

Bagaimanapun ia tetap bergantung kepada Pan-gon samada mahu memanggil pemain-pemain ini atau tidak kerana hanya beliau sahaja dapat menilai samada kesemua pemain ini sesuai atau tidak dengan taktitkal yang akan digunakannya.

Apa pun peminat kini tidak sabar untuk menanti senarai pemain yang akan dipanggil untuk menyertai kem latihan berpusat tidak lama lagi. Sesiapapun yang dipanggil, diharap dapat memberikan aksi terbaik mereka supaya dapat terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.