PDRM FC jadi destinasi seterusnya buat Safee Sali musim depan?

809

Walapun usianya bakal mencecah 39 tahun pada tahun hadapan namun masih ada pasukan yang mahukan khidmat penyerang KL City FC, Safee Sali pada musim hadapan.

Terbaru, ada khabar angin yang mengatakan bahawa PDRM FC berminat untuk mendapat khidmat bekas penyerang kebangsaan itu bagi memperkuatkan skuad untuk saingan Liga Super pada musim depan.


Khabar angin itu telah didedahkan oleh wartawan akhbar terkenal T. Avineshwaran yang turut berkata selain skuad Sang Saka Biru, Kuching City FC juga dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Safee.

Bagaimanapun, melihat kepada kedua-dua pasukan ini Safee berkemungkinan besar akan ke PDRM apabila admin Twitter rasmi kelab itu turut retweet dan membalas khabar angin tersebut dengan hanya meletak emoji sahaja.

Diantara PDRM dan Kuching City, Safee berkemungkinan besar akan memilih untuk ke PDRM dek mahu kekal di Lembah Klang.

Walaupun sudah berusia, namun jika PDRM sah menanadatanganinya untuk musim depan Safee mampu menggunakan pengalaman luasnya di pentas antarabangsa untuk membantu rakan sepasukan lain.

Musim ini boleh dikatakan antara musim terbaik buat Safee apabila KL City telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi naib johan Piala AFC.

Beliau juga menjadi satu-satunya pemain negara yang berjaya beraksi dua kali di pentas akhir Piala AFC dengan pasukan berbeza iaitu kali pertama menjadi juara Piala AFC pada tahun 2015 bersama Johor Darul Ta’zim dan naib johan Piala AFC bersama KL City pada tahun 2022.

Untuk rekod, Safee hanya diturunkan dalam dua perlawanan sahaja pada musim ini dengan mendapat hanya 11 minit permainan.

Malah, nilai pasaran semasa beliau juga turun separuh dari musim lalu kepada sekitar RM119 ribu sahaja.