Kamil Akmal kekal di Darul Aman musim depan

734

Pemain pertahanan muda Kedah Darul Aman FC (KDA), Kamal Akmal akan terus kekal di Darul Aman untuk musim depan.

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Kamil dalam satu jawapan ringkas kepada Harimau Malaya apabila ditanya mengenai destinasinya pada musim hadapan.


Pemain berusia 23 tahun itu akan kekal bersama skuad Sang Kenari selama dua musim sekaligus menjadi tonik tambahan buat beliau untuk terus mempamerkan aksi cemerlangnya.

Terdahulu, Kamil yang ditemui selepas tamat perlawanan menentang Negeri Sembilan FC dalam saingan Piala Malaysia menyuarakan hasratnya untuk terus kekal di Darul Aman.

Dalam pada itu, Kamil merupakan antara salah seorang pemain muda yang mempunyai potensi yang cukup besar apabila beliau bukan sahaja sering diturunkan dalam kesebelasan utama, tetapi juga sering mempamerkan aksi mantap sepanjang permainan.

Prestasi cemerlang yang dipamer telah mendapat pujian daripada peminat Hijau Kuning yang kagum dan bangga dengan komitmennya dalam mengawal dan mematahkan serangan-serangan daripada pemain lawan yang jauh lebih berpengalaman.

Posisi yang dimainkan oleh Kamil ketika ini adalah tempat bekas rakan sepasukan iaitu Rizal Ghazali yang merupakan seorang pemain pertahanan yang cukup kental dan berpengalaman.

Disebalik prestasi hambar KDA pada musim ini, namun masih ada beberapa perkara positif yang boleh diperkatakan termasuk kebangkitan pemain-pemain muda yang telah membuktikan kemampuan mereka apabila diberi peluang untuk turun beraksi.