Ke mana destinasi Guilherme de Paula musim depan?

1,533

Saingan Liga Malaysia bakal melabuhkan tirainya tidak lagi dengan ketika ini hanya tinggal empat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC dan Terengganu FC sahaja yang masih bersaing dalam kejohanan Piala Malaysia.

Bagi pasukan lain yang sudah menamatkan saingan liga mereka untuk musim ini, kebanyakan mereka sudah pun mula membuat perancangan awal untuk menghadapi musim depan dengan paling ditunggu-tunggu peminat sudah semestinya perpindahan pemain.


Ketika ini sudah banyak khabar angin atau berita mengenai perpindahan pemain sedang rancak diperkatakan di media sosial.

Disebalik kemeriahan khabar angin mengenai perpindahan pemain-pemain, ada satu nama yang agak tenggelam sebelum ini kembali menjadi sebutan timbul berikutan aksinya dalam perlawanan persahabatan antara JDT dan kelab bawahan Liga 1 Indonesia, Persis Solo iaitu Guilherme de Paula.

Walaupun perlawanan semalam menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1, namun perkara yang menjadi perhatian ramai adalah kegagalan De Paula menyempurnakan sepakan penalti.

Beliau yang masuk pada separuh masa kedua hanya bermain selama 20 minit sahaja sebelum dikeluarkan pada minit ke 82.

Tidak dapat dinafikan musim ini bukan musim terbaik buat pemain naturalisasi negara apabila beliau sering memanaskan bangku simpanan dan hanya mendapat peluang beraksi di saingan Liga Perdana bersama JDT II.

Bagaimanapun kini timbul persoalan, ke manakah destinasi De Paula pada musim hadapan kerana berdasarkan semakan di transfermarkt , kontraknya bersama JDT akan tamat pada hujung bulan November ini.

Dengan usia yang sudah mencecah 36 tahun, tampak sukar untuk melihat mana-mana pasukan mahu mendapatkan khidmatnya pada musim depan.

Malah JDT juga masih belum membuat keputusan samada mahu terus mengekalkan pemain itu atau tidak.

Apa pun kita nantikan perkembangan terbaru daripada pengurusan JDT dalam masa terdekat ini.