Sejak ambil alih Port FC, Madame Pang sudah tukar 16 ketua jurulatih

2,579

Ketika peminat di Malaysia mengkritik pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sering menukar ketua jurulatih walaupun berjaya merangkul pelbagai kejuaraan sejak 2013.

Walaupun jumlah 11 jurulatih termasuk Hector Bidoglio ketika ini boleh dikatakan banyak, namun ia langsung tidak boleh lawan jika hendak dibandingkan dengan kelab di Thai League 1 iaitu Port FC.


Sejak mengambil alih Port FC pada 2015, Nualphan Lamsam atau lebih terkenal dengan panggilan Madame Pang telah menukar lebih banyak ketua jurulatih dalam tempoh lapan iaitu sebanyak 16 ketua jurulatih.

Madame Pang bukan asing dalam dunia bola sepak Thailand kerana beliau merupakan individu penting dalam bola sepak wanita di sana apabila menjadi tulang belakang kepada kejayaan skuad wanita rangkul pingat emas di Sukan SEA, Piala Asia dan layak dua kali ke FIFA Piala Dunia Wanita.

Disebalik kejayaan mengagumkan bersama pasukan kebangsaan wanita, namun beliau gagal membawa banyak kejayaan kepada kelab bersejarah itu apabila skuad The Klongtoey hanya berjaya merangkul satu kejuaraan sahaja iaitu Piala FA pada tahun 2019.

Kelab itu dijangka akan melantik ketua jurulatih yang baru dalam masa terdekat ini kerana ketika ini ia dikendalikan oleh pengendali interim (sementara), Matt Holland.

Ketua jurulatih paling lama mengendali kelab itu adalah Jadet Meerlarp dengan 71 perlawanan sebelum dipecat, manakala Weerayut Binebdullohman menjadi ketua jurulatih paling singkat iaitu hanya sempat mengendalikan satu perlawanan.

Berikut adalah senarai ketua jurulatih ketika di bawah era Madame Pang sejak 2015:

Somchai Chuayboonchum – 5 perlawanan

Paiboon Lertvimonrut – 6 perlawanan

Gary Stevens – 9 perlawanan

Somchai Subpherm – 10 perlawanan

Masahiro Wada – 32 perlawanan

Jadet Meelarp – 19 perlawanan

Kiatisak Senamuang – 10 perlawanan

Jadet Meelarp – 71 perlawanan

Choketawee Promrut – 16 perlawanan

Jadet Meelarp – 2 perlawanan

Sarawut Treephan – 33 perlawanan

Dusit Chalermsan – 11 perlawanan

Sarawut Treephan – 11 perlawanan

Weerayut Binebdullohman (interim) – 1 perlawanan

Jadet Meelarp – 8 perlawanan

Scott Cooper – 14 perlawanan

Dalam pada itu, Port FC kini berada di kedudukan kelima liga selepas 13 perlawanan apabila mencatatkan lima kemenangan, tujuh seri dan hanya satu kekalahan.

Tidak dapat dinafikan Madame Pang sangat agresif dalam pengurusan kelab apabila mempunyai ‘demand’ cukup tinggi dan tidak teragak-agak akan menukar ketua jurulatih sekiranya tidak mencapai sasaran.

Selain kelab, Madame Pang juga merupakan Pengurus Besar skuad kebangsaan Thailand.

Biarpun mempunyai mempunyai kepentingan dalam Port FC dan pasukan kebangsaan, namun tidak pernah timbul isu conflict of interest oleh peminat.

Madame Pang juga telah menerima anugerah daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia atas sumbangan dan pengorbanannya dalam dunia bola sepak Thailand.