Sukan terbesar di dunia tapi ‘prize money pool’ Piala Dunia berada di kedudukan ketiga dengan jumlah sekitar RM2.7 bilion sahaja

1,515

Tidak dapat dinafikan sukan bola sepak adalah sukan nombor satu di dunia dengan jumlah peminat berbilion dan kejohanan FIFA Piala Dunia yang diadakan empat tahun sekali pula menjadi kejohanan sukan paling berprestij di dunia.

Namun disebalik kehebatan dan kemegahan Piala Dunia, tahukah anda bahawa jumlah wang hadiah (prize money pool) Piala Dunia sebenarnya berada di kedudukan ketiga di belakang Formula 1 dan UEFA Champions League.


Agak mengejutkan juga kerana Piala Dunia adalah kejohanan yang paling dinanti-nantikan peminat di seluruh dunia tapi jauh ketinggalan dari aspek wang hadiah.

Memetik laporan dari Statista, wang hadiah untuk Piala Dunia adalah sebanyak €574.24 juta atau sekitar RM2.7 bilion, sedangkan wang hadiah untuk kejohanan Champions League pula lebih €1928.28 juta atau lebih RM9 bilion.

Manakala sukan permotoran Formula 1 pula menawarkan jumlah wang hadiah berjumlah €794.95 juta atau lebih RM3.5 bilion.

Dari mata sememangnya jumlah tersebut dilihat agak sedikit berbanding kejohanan Champions League dan Formula 1 tetapi jika dicongak betul-betul, jumlah wang hadiah yang ditawarkan untuk Piala Dunia sebenarnya agak lumayan.

Ini kerana Piala Dunia hanya berlangsung empat tahun sekali dan hanya berlangsung dalam tempoh sebulan sahaja.

Sementara kejohanan seperti Champions League dan Formula 1 pula berjalan dalam tempoh semusim, oleh itu tidak hairan sekiranya jumlah wang hadiah kedua-dua kejohanan itu lebih tinggi.

Tambahan pula, ada segelintir pihak penaja yang lebih rela melabur besar dalam kejohanan yang berlangsung dalam tempoh lama bagi memastikan jenama mereka terpapar sepanjang musim berbanding melabur besar untuk tempoh singkat.

Oleh itu, jika pelbagai faktor diambil kira kitab oleh simpulkan bahawa kejohanan Piala Dunia sememangnya menawarkan jumlah wang hadiah yang cukup lumayan dan akan terus kekal menjadi kejohanan paling dinanti-nanti peminat.