Inilah bola sepak Korea Selatan yang Kim Pan-gon mahu terapkan dalam skuad Harimau Malaya!

873

Gergasi Asia, Korea Selatan telah memperlihatkan kualiti yang cukup menarik dalam perlawanan menentang Uruguay dalam pertembungan Kumpulan H Piala Dunia 2022 Qatar yang berkesudahan dengan keputusan seri selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Melihat kepada taktikal dan corak permainan yang diterapkan oleh ketua jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento nyata membuahkan hasil terutamanya apabila berdepan dengan pasukan hebat seperti Uruguay yang bukan sahaja mempunyai kekuatan fizikal tetapi juga kualiti skil yang menakjubkan.


Taktikal yang hampir sama ini juga sedang diterapkan oleh pengendali pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon yang kini dalam proses untuk mencipta falsafah corak permainan dengan DNA Malaysia.

Tidak dapat dinafikan corak permainan yang diterapkan oleh pengendali dari Korea Selatan itu sudah pun memperlihatkan sedikit peningkatan dalam skuad Harimau Malaya dan Pan-gon bersama barisan kejurulatihan lain kini dilihat terus membuat persiapan rapi bagi mempersiapkan pasukan supaya mampu memberi saingan kepada pasukan di Timur Tengah dan Australia yang akan turut beraksi dalam kejohanan Piala Asia 2023.

Berbalik kepada corak permainan Korea Selatan, jika dilihat ketika ini mereka bermain dengan corak mendominasi permainan menerusi pendekatan secara possession dengan menekan pihak lawan dan pada masa sama mencari solusi untuk menembusi barisan pertahanan dengan menggerakkan bola dari sisi ke sisi.

Mereka juga kini dilihat lebih gemar menekan tinggi dan kelebihan utama mereka adalah kebolehan untuk menyerang ke kotak penalti lawan dengan cepat apabila memenangi bola.

Bagaimanapun kelemahan mereka adalah ketika situasi mereka sedang menekan tinggi, bentuk pertahanan mereka cepat collapses dan mereka mudah terdedah dalam transisi.

Oleh sebab itu, mereka dilihat sedang melakukan beberapa perubahan seperti menggerakkan double six atau menggunakan back three, sejak kelayakan Asia sebagaimana Korea mula berdepan dengan pihak lawan yang lebih kuat dalam perlawanan persahabatan.

Jika dilihat sepanjang kelayakan Asia, Korea dilihat lebih cenderung menggunakan formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 sebagaimana sistem tersebut membolehkan mereka menguasai sebahagian besar permainan.

Bagaimanapun sejak Jun apabila mereka mula berdepan lawan yang lebih kuat, Korea mula menggunakan sistem 4-4-2 diamond atau formasi yang disokong oleh back three sebagai persiapan bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia berikutan mereka berkemungkinan besar tidak mampu untuk menguasai 60% atau 70% perlawanan.

Melihat ketika sistem permainan mereka ketika ini, agak sukar untuk mengatakan bahawa mereka bermain secara menyerang atau pun bertahan kerana sebagaimana mereka sangat proactive tetapi mereka juga tidak bermain dengan intensiti tinggi. Gaya permainan mereka lebih kepada proactively controlling.

Ia sudah terbukti dalam perlawanan menentang Uruguay sebentar tadi apabila penguasaan bola mereka hanya 44% sahaja dengan tahap ketepatan hantaran sekitar 78%.

Walaupun mereka berjaya melakukan tujuh percubaan, namun kesemua percubaan itu meliar dan bukannya on target.

Pada masa jumlah hantaran 419 yang dilakukan lebih sedikit berbanding pasukan lawan yang berjaya 547 hantaran.

Bagaimanapun secara keseluruhan, Korea mempamerkan corak permainan yang cukup menyakinkan, namun mereka perlu meningkatkan permainan mereka dalam baki dua perlawanan seterusnya berikutan mereka akan berdepan dengan lawan yang lebih kuat iaitu Portugal.

Namun Korea mungkin mampu memperoleh kemenangan apabila menentang pasukan Ghana nanti kerana berdasarkan ranking semasa, Ghana berada di kedudukan ke-61, manakala mereka pula berada di kedudukan ke-28.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen