Sejak usia empat tahun dah impi untuk wakil negara apabila tonton perlawanan di Stadium Shah Alam – Haqimi Azim

1,100

Penyerang muda negara, Muhammad Haqimi Azim bangga dapar merealisasikan impiannya sejak kecil untuk mendapat panggilan skuad kebangsaan.

Menurutnya, beliau sendiri tidak jangka akan dipanggil seawal usia 19 tahun dan merasakan ini satu pengalaman yang amat bernilai buat pemain muda sepertinya.


“Saya amat bangga dan gembira kerana terpilih, di bawah kendalian Kim Pan-gon saya boleh belajar banyak benda dari beliau selain daripada pemain-pemain senior lain.

Sejak berusia empat tahun ayah saya selalu bawa ke Stadium Shah Alam tengok perlawanan bola sepak, dan sejak itu saya berniat untuk mewakili negara, tak sangka peluang itu tiba ketika berusia 19 tahun,”

katanya.

Beliau mengakui sesi latihan bersama skuad kebangsaan agak sukar namun terus cuba yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan cepat.

Dalam pada itu, beliau tekad mahu berusaha sebaik mungkin untuk memastikan beliau terpilih dalam senarai 23 pemain untuk ke Piala AFF.

Katanya, kerja keras serta menjaga disiplin adalah penting buat seorang pemain muda untuk berkembang.

“Pemain muda harus kerja keras dan menjaga displin, serta sentiasa merendah diri dan mengikut cakap jurulatih.

Di KL City saya sentiasa berikan yang terbaik apabila Bojan Hodak beri peluang untuk saya turun.”

Haqimi berkata, sekiranya beliau terpilih untuk ke Piala AFF, beliau akan berjuang sebaik mungkin untuk membuktikan kemampuannya kepada Pan-gon.