Aiman Afif jadikan Haqimi Azim sebagai contoh terbaik untuk bekerja lebih keras supaya berpeluang diserap ke skuad utama
Penyerang muda pasukan kebangsaan B-23 Malaysia, Aiman Afif Afizul menjadikan rakan sepasukan Haqimi Azim Rosli sebagai contoh terbaik buat dirinya dan juga rakan sepasukan untuk bekerja lebih keras lagi supaya dapat peluang diserap ke skuad utama.
“Bagi saya setiap pemain mempunyai impian untuk bermain bersama skuad utama, jadi bagi saya Haqimi boleh jadi contoh kepada kami pemain-pemain supaya berusaha keras dan sentiasa bersedia jika dipanggil (diserap ke skuad utama),”
katanya.
Aiman kini sedang menjalani menjalani latihan kem pusat skuad B-23 di bawah kendalian E. Elavarasan yang sudah pun bermula sejak 27 November lalu dan akan berakhir pada 6 Disember ini.
Kem latihan tersebut dibuat sebagai persiapan pasukan Harimau Muda untuk mengharungi beberapa pertandingan antarabangsa seperti Piala AFF B-23 2023, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Kem latihan tersebut dibuat sebagai persiapan pasukan Harimau Muda untuk mengharungi beberapa pertandingan antarabangsa seperti Piala AFF B-23 2023, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.
“Perkara yang kami belajar pada kem latihan kali ini adalah corak permainan bola sepak berintensiti tinggi, agresif dan menyerang untuk mencari gol.
Perbezaan antara bekas ketua jurulatih sebelum ini Brad Maloney dan E. Elavarasan adalah dari segi taktikal yang mana dengan Coach Ela kami bermain dengan lebih direct dan forward play.“
Dalam pada itu, pemain berusia 22 tahun itu yang juga merupakan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA) mengakui beliau akan kekal bersama skuad Sang Kenari untuk musim depan berikutan masih mempunyai kontrak bersama kelab itu.
Biarpun musim ini beliau jarang diturunkan namun ia langsung tidak putus asa, sebaliknya berkata peluang untuk bermain sentiasa ada tetapi beliau perlu bekerja dengan lebih keras dan memberi komitmen tinggi termasuk mengikut segala kehendak jurulatih.