Zikri Khalili harap dapat beraksi bersama skuad B-23 dapat tunjuk kemampuannya pada Tan Cheng Hoe

479

Pemain pasukan kebangsaan B-23, Ahmad Zikri Mohd Khalili berharap dengan pemilihannya dalam skuad B-23 dapat memperlihatkan kemampuannya kepada ketua jurulatih di kelabnya Selangor FC, Tan Cheng Hoe.

“Beraksi dengan skuad B-23 saya rasa ini adalah peluang untuk saya tunjuk kepada jurulatih Tan Cheng Hoe juga yang saya layak bermain bersama skuad Selangor.

Saya kurang minit permainan sejak Tan Cheng Hoe ambil alih tapi saya akan kerja keras lagi,”

katanya.

Zikri Khalili berkata demikian berikutan beliau yang beraksi bersama skuad utama Selangor sering tidak mendapat peluang untuk diturunkan pada musim ini.


Beliau ketika ini sedang menjalani latihan kem pusat Harimau Muda di bawah kendalian E. Elavarasan yang bermual sejak 27 November lalu dan akan berakhir pada 6 Disember ini.

Kem latihan tersebut dibuat sebagai persiapan pasukan untuk mengharungi beberapa pertandingan antarabangsa seperti Piala AFF B-23 2023, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Dalam pada itu, pemain berusia 20 tahun itu mengakui minit permainan sangat penting bagi setiap pemain bola sepak jika mahu meningkatkan prestasi.

“Untuk saya, saya rasa minit permainan dapat mematangkan permainan saya dan setiap pemain juga kerja minit permainan kerana ia akan meningkatkan kualiti permainan mereka.”

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya bermain di bawah kendalian Elavarasan, beliau mengakui corak permainan yang diterapkan adalah forward play dan berintensiti tinggi.

Beliau tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang telah diterapkan, tetapi mengakui perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk mendapatkan persefahaman antara rakan sepasukan.