Saya amat teruja apabila KPG panggil, cepat-cepat terbang balik Malaysia dari Jerman – David Rowley

8,440

Pemain tengah Harimau Malaya, David Rowley mengakui beliau tidak berfikir panjang untuk kembali ke Malaysia daripada Jerman apabila ketua jurulatih, Kim Pan-gon memanggilnya untuk mewakili negara.

Menurutnya, walaupun sudah tiga tahun tidak bertemu keluarga, beliau tetap sanggup untuk kembali untuk menyarung jersi Harimau Malaya.


“Saya rasa sangat teruja apabila Pan-gon menghubungi saya untuk wakili negara, saya terus cakap kepadanya sudah tentu dan saya pulang balik ke Malaysia untuk sertai kem latihan selepas tiga hari di Jerman.

Saya beritahu isteri saya kena balik Malaysia dan dia terkejut tetapi gembira untuk saya. Memang dah ada plan untuk luangkan masa dengan keluarga kerana sudah tiga tahun tidak berjumpa, tetapi inilah bola sepak,”

katanya.

Beliau menyifatkan Pan-gon sebagai jurulatih yang mempunyai tahap profesionalisme yang amat tinggi dan tidak pernah dilihat oleh beliau sebelum ini.

Katanya, barisan kejurulatihan mempunyai pelan yang terperinci untuk para pemain setiap hari daripada bangun tidur lagi.

Beliau berazam mahu melakukan yang terbaik untuk dipilih dalam senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ke Piala AFF.

“Jika beliau (Pan-gon) mahu saya jaringkan gol saya akan cuba, kalau dia nak saya bertahan saya akan bertahan untuk pasukan.

Kita tahu dalam pasukan ini ada ramai pemain yang hebat di bahagian tengah seperti Lee Tuck dan Brendan Gan, persaingan ini adalah baik untuk pasukan kerana kami saling tingkatkan tahap permainan antara satu sama lain.”

Beliau berkata walaupun skuad kali ini dibarisi ramai muka baru, beliau yakin mereka mampu memberi saingan pada kejohanan itu nanti.

Tambahnya, beliau juga mahu memainkan peranan membantu pemain muda yang ada dalam pasukan dalam berkongsi pengalaman.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen