Chan Peng Soon tunaikan permintaan Goh Liu Ying bergandingan kali terakhir di Malaysia Open sebelum bersara

326

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon mengakui beliau amat sedih apabila mendapat tahu pasangannya selama 13 tahun, Goh Liu Ying meluahkan hasrat untuk bersara selepas Malaysia Open bulan depan.

Menurutnya, beliau bersetuju untuk bergandingan dengan Liu Ying untuk kali terakhir pada kejohanan itu bagi menunaikan perminataan terakhirnya sebelum bersara.


“Beliau datang kepada saya dan minta untuk bersama-sama masuk kejohanan Malaysia Open, saya memang terfikir nak ganding dengannya kerana ini kejohanan terakhirnya, lagipun kali terakhir kami berpisah tak buat perpisahan yang betul-betul.

Saya memang sedih sebab 13 tahun sudah bersama dan macam-macam dihadapi tetapi saya kena terima juga kerana ini keputusan dia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurutnya, beliau ketika ini sedang menjalani sesi latihan bersama Liu Ying sebagai persediaan untuk Malaysia Open.

Dalam pada itu, beliau mengakui gandingannya bersama pemain lain selepas itu seperti Valeree Siow dan Cheah Yee See masih tidak mencapai tahapnya ketika bersama Liu Ying

“Saya dan Liu Ying mula bermain dari bukan siapa-siapa sehinggalah satu Malaysia kenal dan jadi pasangan terkemuka, memang sukar nak capai.

Dengan pasangan lain memang saya rasa tak sampai satu tahap yang diharapkan tetapi tak boleh harapkan keputusan yang segera kerana kurang pengalaman.”

katanya.

Sementara itu, Peng Soon mengakui tekanan bermain di negara sendiri lebih tinggi apabila bermain di luar negara kerana ramai penyokong yang hadir dengan harapan.

Menurutnya, jika di luar negara, penyokong lebih fokus kepada pemain tempatan, jadi mereka tidak diberi perhatian lebih.