Ini adalah permulaan sempurna buat saya, pemain lama banyak bantu pemain baru – Lee Tuck

348

Pemain tengah kebangsaan, Lee Tuck menyifatkan kemenangan besar 4-0 ke atas Kemboja pada perlawanan persahabatan sebentar tadi merupakan permulaan sempurnanya bersama Harimau Malaya.

Menurutnya, selepas melalui musim yang sukar tidak dapat bermain perlawanan kompetitif selama 11 bulan, beliau amat gembira dapat menjaringkan gol pada debutnya.


“Ini adalah permulaan yang sempurna, empat gol tanpa bolos dan gol pertama untuk saya, kami perlu teruskan momentum ini untuk perlawanan seterusnya.

Saya hanya bermain 90 minit sahaja musim ini iaitu dalam Piala Malaysia, ia satu cabaran yang sukar dari segi mental, fizikal dan kecergasan tetapi saya rasa saya buat yang baik untuk persiapkan tubuh dan minda saya,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pemain lama dalam pasukan banyak membantu pemain baru menyesuaikan diri.

Katanya, masih ada lagi perkara yang boleh diperbaiki dan ruang untuk peningkatan sebelum ke Piala AFF.

“Kami sudah bekerja keras dalam sesi latihan, berlatih dari segi positioning, prinsip serta nilai pasukan.

Kami perlu buat benda yang sama dan perbaiki lagi pasukan, jika kami teruskan sudah tentu kami akan dapat keputusan yang baik.”

Malaysia mencatat kemenangan ke atas Kemboja pada perlawanan persahabatan sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol Malaysia dijaringkan oleh Faisal Halim (dua gol), Lee Tuck dan Stuart Wilkin.