Kalau perlu berkorban saya akan buat demi pasukan – V. Ruventhiran

364

Pemain Harimau Malaya, Ruventhiran Vengadesan tidak kisah jika beliau terpaksa mengorbankan tempatnya dalam skuad untuk Piala AFF sekiranya ia baik untuk pasukan.

Menurutnya, beliau percaya dengan pilihan ketua jurulatih, Kim Pan-gon dan sekiranya terdapat pemain lain yang lebih baik, beliau akur.


“Ini adalah pasukan kebangsaan kami main untuk lencana jadi siapa pun yang bermain tiada masalah buat saya.

Apa yang penting saya sudah berikan yang terbaik dan jika saya perlu korbankan diri saya akan berkorban,”

katanya.

Beliau merasakan barisan pertahanan pasukan menjalankan tugas dengan baik dan berjaya menepis serangan pasukan Kemboja.

Menurutnya, Kemboja bermain dengan baik dan ada memberi cabaran tetapi gol pertama berjaya memberi dorongan buat Malaysia.

“Kalau ikut kedudukan pun mereka di ranking 177 dan kami di 146, mereka bagi cabaran yang hebat juga pada separuh masa pertama.

Lepas kita jaringkan gol mereka nampak penat dan kami terus tambah lagi gol.”

Tambahnya lagi, fokus beliau kini adalah perlawanan seterusnya menentang Maldives dan kemudian Piala AFF.

Malaysia berjaya menewaskan Kemboja 4-0 menerusi dua jaringan Faisal Halim, Lee Tuck dan Stuart Wilkin.