Derma gaji main untuk Morocco kepada keluarga susah di negaranya, Hakim Ziyech patut jadi contoh buat pemain Harimau Malaya

1,583

Ketika media antarabangsa sering menyebarkan berita negatif mengenai Hakim Ziyech, namun karakter sebenar pemain kebangsaan Morocco itu sangat berbeza dari yang dilaporkan sebelum ini.

Biarpun sering dilabel sebagai pemain yang mempunyai ego yang tinggi, namun beliau kekal tenang dan tidak pernah membalas krtikan orang ramai terhadapnya termasuklah mewar-warkan kebaikan yang dilakukannya.


Namun baru-baru ini seorang peminat sukan, profesor undang-undang dan penulis bernama Khaled Beydoun telah mendedahkan satu perkara yang cukup menarik mengenai pemain Chelsea itu yang mana beliau mendedahkan Ziyech tidak pernah mengambil sesen pun gaji atau elaun ketika bermain untuk negaranya sejak tahun 2015.

Lebih mulia lagi, beliau mendermakan kesemua wang tersebut kepada staf pasukan dan juga keluarga miskin di negaranya Morocco.

Ini adalah satu tindakan yang cukup terpuji daripada seorang bintang bola sepak terkenal dunia yang mana beliau enggan memperbesarkan segala kebaikan yang dilakukannya.

Perkara ini boleh dijadikan sebagai contoh terbaik buat pemain-pemain Harimau Malaya untuk mengikut jejak langkah Ziyech ini kerana sebelum ini terdapat khabar mengenai ada pemain yang demand bayaran sejumlah wang sekiranya mahu beliau menyarung jersi Malaysia.

Bermain untuk pasukan kebangsaan sepatutnya menjadi kebangaan pemain kerana dapat mewakili negara tercinta untuk mengharumkan nama di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Ziyech telah mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa selepas beliau berdepan konflik dengan ketua jurulatih Vahid Halilhodzic, namun selepas Halilhodzic dipecat dan digantikan dengan Walid Regragui, beliau keluar dari persaraan untuk bersama skuad Morocco bagi menghadapi kempen Piala Dunia 2022 di Qatar.

Ternyata Ziyech menjadi salah seorang tonggak utama skuad The Atlas Lions itu apabila telah berjaya bantu pasukan itu mencipta sejarah baru buat pasukan itu di Piala Dunia apabila mereka layak ke peringkat suku akhir Piala Dunia buat pertama kali.

Lebih hebat lagi, Morocco bukan sahaja tidak pernah tewas lagi dalam kempen Piala Dunia kali ini tetapi juga belum dibolosi oleh gol pemain lawan, sebaliknya mereka bolos sekali sahaja itu pun gol sendiri.

Morocco akan bertemu dengan pasukan pilihan Portugal pada perlawanan suku akhir yang akan berlangsung pada malam ini.

Adakah mereka akan sekali lagi membuat kejutan besar? Sama-sama kita tunggu.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen