Keputusan lawan Malaysia tak penting, mereka pasukan yang kuat dengan pemain hebat – Francesco Moriero

3,682

Ketua jurulatih Maldives, Francesco Moriero menganggap keputusan perlawanan menentang Malaysia esok tidak begitu penting tetapi mahu melihat bagaimana persembahan anak-anak buahnya.

Katanya, Malaysia adalah pasukan yang hebat dan pada pemain negara bermain banyak perlawanan kompetitif, sedangkan pasukannya jarang turun dalam perlawanan kompetitif.


“Esok adalah perlawanan yang penting buat kami tetapi apa yang lebih penting dari keputusan ialah persembahan para pemain.

Liga di Maldives telah tamat lama dan pemain kami hanya bermain beberapa perlawanan sahaja berbanding Malaysia. Ketika cuti pun para pemain bekerja untuk persiapkan diri,”

katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji kekuatan pasukan negara dan menyifatkan Malaysia bermain dengan intensiti yang tinggi.

Beliau menganggap perlawanan esok adalah ujian buat anak-anak buahnya menentang sebuah pasukan yang kuat seperti Malaysia

“Perlawanan menentang Malaysia pasti satu cabaran buat kami kerana mereka mempunyai pemain yang baik, saya mahu lihat mentaliti pemain esok ketika di atas padang.

Namun kami juga pasukan yang baik jadi kami akan cuba bersungguh-sungguh pada perlawanan esok.”

Perlawanan antara Malaysia dan Maldives akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras esok pada pukul 9 malam.

Ini merupakan perlawanan terakhir pasukan negara sebelum menempuh kejohanan Piala AFF 2022 yang akan bermula 20 Disember ini.