Senarai penuh penerima anugerah FIFA Piala Dunia 2022; Kasut Emas, Bola Emas, Sarung Tangan Emas dan pemenang lain!

2,887

Argentina telah mengesahkan kejuaraan ketiga mereka apabila berjaya menjulang Piala Dunia 2022 selepas menewaskan France dalam perlawanan akhir dalam penentuan sepakan penalti yang mana mereka berjaya menang 4-2 (selepas terikat 3-3 sehingga penghujung masa tambahan).

Selain berjaya julang trofi kejuaraan, Argentina juga berjaya merangkul tiga lagi anugerah individu menerusi Lionel Messi, Emiliano Martinez dan Enzo Fernandes.


Berikut adalah senarai penuh pemenang anugerah FIFA Piala Dunia 2022:

Kasut Emas – Kylian Mbappe (France) 8 gol

Bola Emas – Lionel Messi (Argentina)

Sarung Tangan Emas – Emiliano Martinez (Argentina)

FIFA Pemain Muda Terbaik – Enzo Fernandez (Argentina)

FIFA Fair Play – England

Selain anugerah individu dan pasukan, berikut juga dimaklumkan jumlah wang hadiah yang dimenangi oleh setiap pasukan yang bertanding.

Juara – Argentina berjaya bawa pulang sebanyak $42 juta (sekitar RM185.8 juta).

Naib juara – France berjaya bawa pulang sebanyak $30 juta (sekitar RM132.7 juta).

Tempat ketiga – Croatia berjaya bawa pulang sebanyak $27 juta (sekitar RM119.4 juta)

Tempat keempat – berjaya bawa pulang sebanyak $25 juta (sekitar RM110.6 juta)

Suku akhir (4 pasukan) – Brazil, Netherlands, Portugal dan England berjaya bawa pulang sebanyak $17 juta (sekitar RM75.5 juta).

Pusingan 16 (8 pasukan) – USA, Senegal, Australia, Poland, Spain, Japan, Switzerland dan South Korea berjaya bawa pulang sebanyak $13 juta (sekitar RM57.5 juta).

Peringkat kumpulan (16 pasukan) – Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Saudi Arabia, Denmark, Tunisia, Canada, Belgium, Germany, Costa Rica, Cameroon, Ghana dan Uruguay berjaya bawa pulang sebanyak $9 juta (sekitar RM39.8 juta).