Mario Rivera mahu anak buah beri terbaik bertemu Thailand, sedar cabar besar yang menanti berhadapan juara bertahan

629

Ketua jurulatih Brunei, Mario Rivera percaya bahawa lawan mereka Thailand memiliki lambakan pemain berkualiti yang mampu memberikan saingan hebat kepada pasukannya dalam perlawanan pertama Piala AFF tahun ini.

Namun, Rivera percaya kesemua pemain yang dibawa kali ini akan mampu untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan mereka melalui perlawanan yang sengit ke atas juara bertahan tersebut.


“Persiapan terbaik yang mampu kami lakukan adalah berikan sehabis boleh pada perlawanan esok.

Kesemua pemain teruja untuk beraksi dalam kejohanan ini selepas mereka tidak mempunyai liga selepas tiga tahun, kerja keras mereka akhirnya terbalas,”

katanya kepada media.

Rivera juga tidak mahu para pemainnya terlalu memberikan fokus kepada mana-mana pemain tertentu sahaja.

Beliau percaya corak permainan yang lebih selamat diperlukan bagi memastikan Brunei dapat menunjukkan aksi yang lebih menyakinkan.

“Saya rasa Thailand memiliki ramai pemain yang hebat, mereka mampu mengubah kesemua pemain.

Kami tidak boleh memberikan fokus kepada sesetengah pemain sahaja ia akan menyebabkan kesukaran kepada pasukan.”

Ketua pasukan, Hendra Azam berkongsi keterujaan beliau dan rakan sepasukan tatkal aini bakal menjadi kali pertama selepas hampir 30 tahun mereka gagal melayakkan diri ke kejohanan berprestij Asia Tenggara ini.

Mereka berjaya layak selepas menewaskan pasukan Timor Leste dengan agregat 6-3 di pusingan playoff yang berlangsung pada November lalu.

“Kami semua teruja dengan peluang ini.

Kesemua pemain bersedia untuk perlawanan esok kerana kami ingin buktikan yang kami juga layak beraksi di kejohanan ini.”

Rivera bagaimanapun enggan mengulas lanjut terhadap ketiadaan penyerang, Faiq Bolkiah yang tidak tersenarai pada kejohanan kali ini.

Faiq merupakan salah seorang pemain Brunei yang ketika ini beraksi di Liga Thailand bersama Chonburi FC.

“Kita di sini untuk bercakap tentang perlawanan esok jadi kita hanya akan membincangkan tentang pemain yang berada di sini.”