Kedah rancak umum pemain baru musim 2023, kapten Bangladesh, Jamal Bhuyan dalam senarai seterusnya?

3,822

Ketika ini banyak pasukan Liga Super dilihat berlumba-lumba mengumumkan pemain baru mereka untuk musim depan.

Antara yang aktif di sosial media mengumumkan mengenai skuad musim hadapan adalah pasukan Kedah Darul Aman FC.


Baru-baru ini, pasukan itu ada memuatnaik satu hantaran mengenai seorang pemain baru yang dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat dengan kapsyen ‘Behold, he is coming’, membuatkan penyokong teruja.

Sebelum ini, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa kapten pasukan kebangsaan Bangladesh, Jamal Bhuyan menjadi buruan kelab di Liga Super.

Beliau bukanlah nama yang asing di Malaysia kerana pernah disaksikan dalam kempen kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

Ramai juga penyokong yang meneka pemain Sri Pahang Manuel Hidalgo adalah individu pemilik bayang tersebut.

Namun, kelab itu baru sahaja mengumumkan pemain-pemain yang tidak akan bersama mereka lagi musim depan dan Hidalgo tidak tersenarai.

Menurut laporan, Jamal pernah mengadakan rundingan dengan sebuah kelab Liga Super beberapa bulan lalu.

Sekiranya beliau benar akan menyertai Kedah, Jamal akan menjadi pemain Bangladesh pertama yang beraksi di Liga Super.

Sementara itu, Kedah juga ketika ini aktif merekrut pemain-pemain muda antaranya adalah Zharmien Ashraf dan Alfi Rasid, yang juga adik kepad Safawi Rasid.

Ketua jurulatih baru, Nafuzi Zain diketahui amat baik dalam membangunkan pemain muda, mungkin ini merupakan salah satu pelannya dalam membina skuad Kedah daripada pemain-pemain muda.

Di Terengganu sebelum ini, beliau juga memberi peluang kepada ramai pemain muda seperti Azam Azmi sehingga namanya meningkat naik, dan berjaya dipanggil mewakili negara.

Di Kedah nanti, pastinya ramai lagi pemain-pemain muda yang akan diberikan peluang oleh Nafuzi untuk menunjukkan kemampuan mereka.